Tutorial Kategori Apa itu Router?

Apa itu Router?

Muka Surat 3 Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 31 March 2005





Ciri-ciri Router
Router jenis blackbox sebenarnya ialah sebuah mesin komputer. Ia memiliki ciri-ciri sepertimana yang digunakan oleh PC: ia mempunyai CPU, memori, dan juga input-output. Cuma bezanya ialah router jenis ini tidak memiliki cakera keras, tiada pemacu cakera liut, dan juga pemacu CD-ROM. Namun begitu router ini mempunyai pelbagai jenis storan lain seperti kad memori Flash.

Memori
Terdapat beberapa jenis memori yang digunakan oleh router blackbox, antaranya ialah: RAM, NVRAM, Flash dan ROM (PROM, EEPROM)

ROM digunakan untuk menyimpan perisian bootstrap manakala NVRAM pula menyimpan konfigurasi startup yang digunakan oleh sistem operasi router. Memori Flash pula menyimpan sistem operasi seperti IOS dan lain-lain jenis sistem operasi.

Perisian
Sama seperti PC, router blackbox akan melaksanakan program-program kawalan atau sistem operasi (OS). Setiap pengeluar router akan membekalkan sistem operasi mereka sendiri.

Konfigurasi startup yang tersimpan di dalam NVRAM akan dilaksanakan sebaik sahaja router dihidupkan. Semasa proses but, satu salinan konfigurasi akan dimuatkan ke dalam RAM. Apabila berlakunya sebarang perubahan data pada konfigurasi ini, RAM akan memberi kesan dengan serta merta.

Router beroperasi dengan melaksanakan sejumlah besar proses yang terdiri daripada pelbagai jenis servis dan protokol. Router menyokong arahan untuk memaparkan maklumat tentang proses yang sedang berjalan dan sumber resources seperti penggunaan CPU dan memori. Servis dan kemudahan yang tidak diperlukan boleh dimatikan untuk mengelakkan penggunaan CPU dan memori yang berlebihan.

Setiap router mempunyai nama yang unik bagi memudahkan ia dikenalpasti di dalam rangkaian. Oleh yang demikian, router juga akan mempunyai alamat IPnya tersendiri.

Sebelumnya << 1  2  3  4  >> Seterusnya






email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian

Render time: 0.2446 second(s). DB queries: 92.