Tutorial Kategori Apa itu FTP?

Apa itu FTP?

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 05 March 2006



FTP atau File Transfer Protocol ialah piawai protokol internet yang digunakan untuk pertukaran fail di antara komputer di internet. Seperti juga HTTP yang digunakan untuk memindahkan halaman web, SMTP untuk memindahkan email, FTP juga bertindak di dalam protokol TCP/IP.

Cara menggunakan FTP
Anda boleh menggunakan pelbagai perisian FTP yang terdapat di internet. Antara program FTP yang popular untuk Windows ialah seperti CuteFTP dan WS_FTP.

Windows juga didatangkan dengan program mudah FTP. Buka MS-DOS dan taipkan arahan:

ftp

Arahan Perintah
C:>ftp


Untuk bersambung ke pelayan FTP TMnet taipkan arahan berikut:

o ftp.tm.net.my

Arahan Perintah
ftp> o ftp.tm.net.my
Connected to ftp.tm.net.my.
220 ftp1.tm.net.my NcFTPd Server (licensed copy) ready.
User (ftp.tm.net.my:(none)):


Pelayan FTP TMnet membolehkan pengguna log-in ke dalam pelayan menggunakan akaun Anonymous (tidak bernama). Masukkan user Anonymous. Tekan Enter.

Arahan Perintah
User (ftp.tm.net.my:(none)): Anonymous
331 Guest login ok, send your complete e-mail address as password.
Password:


Kemudian tekan enter tanpa password.

Arahan Perintah
230-You are user #3 of 250 simultaneous users allowed.
230-
230-######################################################
230-# #
230-# Welcome to ftp.tm.net.my #
230-# Only .zip & .rar are allowed to be uploaded #
230-# Make sure they are password-protected #
230-# #
230-######################################################
230-
230 Logged in anonymously.
ftp>


Sekarang anda berada di dalam pelayan FTP TMnet menggunakan akaun Anonymous. Taipkan arahan help untuk memaparkan senarai arahan FTP. Di sini anda bolehlah memindahkan fail dan memuat turun fail dari pelayan tersebut.

Untuk memutuskan sambungan dengan pelayan, taipkan disconnect .

Arahan Perintah
ftp> disconnect
221 Goodbye.
ftp>


Halaman Berkaitan
Memasang pelayan FTP dalam Windows XP
Menghadkan akses FTP








email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.

Render time: 0.1427 second(s). DB queries: 94.