UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google


Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Asas Linux

Asas Linux

Muka Surat 4
Oleh Azhar Kamaruddin
Dikirim pada Thursday 15 July 2004





Kawal Akses
Pengawalan akses (access control) adalah penting kerana setiap fail, proses, device, sebenarnya terdedah kepada pengguna lain. Jika kawalan akses membenarkan pengguna untuk membaca (read) dan menulis (write), kemungkinan fail anda terdedah kepada penggodam. Sebab itu perlu diberikan penekanan yang berat terhadap kawalan akses atau access control ini. Lebih-lebih lagi kepada fail-fail sistem yang amat kritikal. Salah satu kesilapan ramai pentadbir ialah pengawalan akses secara tidak berkesan, bukan kerana mereka tidak professional dengan kerja mereka, tetapi sebab kesilapan kecil sahaja, boleh membawa padah kepada keseluruhan sistem.

Fail yang paling kritikal ialah /etc/passwd di mana fail ini mengandungi username dan kata laluan. Andaikata jika fail ini dapat dibaca ataupun telah diubah dengan tidak sengaja oleh pengguna yang tak faham tentang penggunaan linux boleh mengakibatkan semua pengguna terus tidak dapat untuk log masuk ke dalam sistem.

Untuk mengetahui tahap kawalan akses fail /etc/passwd gunakan arahan:

ls -l /etc/passwd

Arahan Perintah
ls -l /etc/passwd


-rw-r--r-- 1 root root 2571 Jan 8 06:41 /etc/passwd

kolum -rw-r--r-- ialah tahap kuasa akses
kolum 1 root ialah hakmilik (owner)
kolum root ialah hak milik kumpulan pengguna

Jika dihuraikan, ia membawa maksud fail passwd boleh di baca (read) dan ditulis (write) oleh pengguna root; kumpulan root pula hanya dibenarkan membaca sahaja (read-only); lain-lain pengguna juga hanya dibenarkan untuk membaca sahaja (read-only). Dalam erti kata lain, orang lain hanya boleh membaca sahaja tetapi root boleh mengubah maklumat dalam fail tersebut. Jadi jika ada pengguna yang membuka fail passwd menggunakan penyunting vi, fail passwd tidak membawa apa-apa kesan kerana cubaan untuk menyimpan fail tersebut akan memberikan kesilapan kepadanya.

Sebelumnya << 1  2  3  4  

email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  8.0 - 3 juri

Komen
Asas Linux netpc | 11 Mar : 05:04

Jumlah Komen: 5

Penyertaan: 16 Jun : 10:59

Reply
aktikel anda amat menarik untuk dipelajari.harap dapat perkenalkan diri agar dapat dihubungi untuk maksud bertanya kemuskilan.

terimakasih.



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Tip Keselamatan Rangkaian Wayarles
Cara-cara untuk meningkatkan keselamatan Rangkaian Tanpa Wayar (Wayarles)

Menukar PHP menjadi HTML
Menukar fail PHP menjadi fail HTML menggunakan modul mod_rewrite di dalam pelayan Apache. Tingkatkan keselamatan web anda.

Pantau kelajuan PC dengan Task Manager
Mengurus dan memantau tugasan di dalam Windows

Menambah kelajuan Startup Windows
Tutorial ini menunjukkan secara ringkas untuk membuang logo boot Windows menjadikan proses start up Windows meningkat sebanyak 2%.

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2219 | Jumlah Artikel: 401
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.4051 second(s).