UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
 Mozilla, Google sambung kontrak
Dikirim pada: Thursday 22 December 2011 - 05:38:55




Mozilla telah dilaporkan memperbaharui kontrak dengan Google untuk tempoh 3 tahun lagi. Pihak Mozilla tidak mendedahkan butir-butir kewangan, tetapi berkata ia penting dan saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sebagai contoh, pada tahun 2010, Google telah menyumbang 84 peratus daripada US123 juta hasil keuntungan Mozilla.

Kontrak sebelumnya yang terikat selama tiga tahun telah tamat bulan lalu. Mozilla berkata ikatan ini terpaksa diteruskan kerana kelihatan Chrome yang semakin menonjol di pasaran, bimbang Google akan menggunakan pengaruhnya untuk membenam pesaing-pesaing lain.

Baru baru ini terdapat khabar angin mengatakan bahawa Mozilla tidak lagi akan menggunakan Google sebagai enjin carian default, selepas keluarnya "Firefox with Bing".
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Microsoft beli VideoSurf RM223 juta
Dikirim pada: Tuesday 22 November 2011 - 22:21:28




Microsoft telah membeli VideoSurf, sebuah syarikat enjin carian video dari Israel dengan jumlah urusniaga kira-kira AS70 juta dolar (RM223 juta).

VideoSurf mengumpul dana sejumlah AS28 juta daripada bekas Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, Ketua Pegawai Operasi Facebook Sheryl Sandberg, Dana Pelaburan Verizon, Pitango Venture Capital, Pengasas Orbotech Ltd Hanan Gilutz, dan Ketua Pegawai Eksekutif SurveyMonkey David Goldberg.

Teknologi syarikat VideoSurf mampu mengimbas laman web video seperti Hulu, Metacafe, dan Dailymotion, membolehkan pengguna mencari video dalam talian dengan mudah. Teknologi VideoSurf juga membolehkan imbasan klip video, melaksanakan carian kandungan, dan melakukan tag pelbagai klip. Sebuah lagi syarikat dari Israel, AnyClip Ltd telah bekerjasama dengan VideoSurf yang bertindak sebagai pembekal kandungan video-video Hollywood. VideoSurf mempunyai lebih 20 juta pengguna setiap bulan.

Microsoft dijangka akan cuba mengintegrasikan teknologi VideoSurf ke dalam enjin carian Bing, laman Socl dan juga Xbox untuk membolehkan pengguna membuat carian video dengan lebih mudah.
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Microsoft Bakal Lancar Laman Sosial Socl.com?
Dikirim pada: Wednesday 16 November 2011 - 09:11:27




Microsoft sedang menguji rangkaian sosial yang baru, dipanggil Socl.com, yang kelihatan seperti usaha untuk bersaing dengan versi Google+, laporan dari The Verge.

VentureBeat melaporkan bahawa Microsoft sedang membangunkan rangkaian sosial tersebut pada bulan Julai lalu, dan syarikat itu telah mendedahkan perician projek sosial rahsia di Socl.com. Projek dengan slogan "find what you need and share what you know easier than ever", telah membenarkan pengguna untuk daftar melalui Facebook dan Twitter walaupun pihak Microsoft menafikan berita tersebut.

Reka bentuk dan ciri-ciri serta susun atur tiga lajur, dengan asas navigasi di sebelah kiri, suapan berita aktiviti di tengah-tengah dan beberapa komponen media di sebelah kanan telah membuktikan Microsoft sedang melakukan kerja-kerja pembangunan rangkaian sosial pada Socl.

Semuanya tertumpu pada bar carian. Apabila anda menaip soalan carian, senarai keputusan Bing muncul bersama-sama dengan aktiviti yang mungkin berkaitan dari rangkaian sosial anda. Jika anda memilih untuk membuat carian anda sebagai status terkini, pengguna lain boleh mengulas mengenainya.

Satu lagi persamaan Socl dengan Google+ ialah "Video Party". Seperti Google Hangouts, Video Party membolehkan anda menonton video dengan rakan-rakan dan dalam masa yang sama berbual dengan mereka dalam masa nyata. Ia mempunyai sokongan video YouTube dan berkemungkinan video lain yang dihoskan oleh Microsoft. Laman ini dibina di atas kerangka HTML5, dan tidak memerlukan penggunaan plugin seperti Microsoft Silverlight.

Satu perbezaan yang besar antara rangkaian sosial Socl dan lain-lain ialah kekurangan ciri-ciri "penyenaraian". Menurut laporan itu, Socl tidak memberikan pengguna keupayaan untuk membuang rakan-rakan kepada kumpulan berdasarkan kepada kerja, kehidupan peribadi, lokasi, dan lain-lain sebagaimana Google Circle atau senarai pintar Facebook. Ini bermakna semua kemaskini status carian akan dikongsi bersama dengan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan rangkaian sosial lain.

Buat masa ini, Microsoft tidak merancang untuk membuat pengumuman mengenai Socl atau akan membuat sistem peringkat "beta" bagi membolehkan pengguna menguji sistem tersebut di peringkat awal. Tidak juga diketahui sama ada syarikat itu merancang untuk melancarkan perkhidmatan tersebut kepada umum pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, jika ia dilancarkan, ia sedikit sebanyak akan membuatkan syarikat-syarikat gergasi lain seperti Twitter, Facebook dan Google+ untuk tidak tidur lena.

Sumber: http://www.theverge.com/

email to someone printer friendly
Komen: 0

 Microsoft lancar Firefox with Bing
Dikirim pada: Thursday 27 October 2011 - 21:38:19




Kerjasama antara Microsoft dan Firefox telah melangkah maju setapak ke hadapan. Walaupun Mozilla telah menawarkan Bing sebagai salah satu enjin carian pada pelayar Firefox, ia kini menawarkan versi khusus yang menggunakan Bing sebagai pilihan carian default dalam bar dan kotak carian Firefox. Dipanggil sebagai Firefox with Bing, versi ini akan menetapkan Bing.com sebagai halaman utama pelayar Firefox.

Microsoft juga telah melancarkan laman web FirefoxWithBing.com untuk mempromosikan kerjasama ini. Pengguna-penguna Firefox yang menggunakan enjin carian Bing kini boleh menggunakan Firefox dengan Bing tanpa perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengemudi carian ke atas Bing.

"Kita yakin dengan kerjasama carian ini, akan mengekalkan pertumbuhan dalam penjanaan hasil buat Mozilla di masa hadapan." Kata seorang wakil dari Mozilla.

Kontrak 3 tahun Google bersama Mozilla akan tamat bulan hadapan dan mungkin ini adalah satu petanda perkara-perkara baru yang lebih besar akan muncul di antara Microsoft dan Mozilla.

Sekiranya anda menggunakan versi Firefox terkini, maka anda hanya perlu memuat turun tambahan Bing Search for Firefox untuk menetapkan keutamaan yang sama.

Sila layari FirefoxWithBing.com untuk muat turun tambahan untuk Firefox.
email to someone printer friendly
Komen: 0

 BBX - Sistem Operasi Baru BlackBerry
Dikirim pada: Thursday 20 October 2011 - 12:06:09




Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Research in Motion (RIM), Mike Lazardis mengumumkan sistem operasi baru yang akan digunakan pada telefon pintar BlackBerry yang dipanggil BlackBerry BBX.

BBX akan mula dipasang dalam semua tablet dan telefon pintar BlackBerry baru menjelang tahun depan. Lazardis berjanji sistem operasi BBX ini akan menggabungkan sistem operasi BlackBerry dan sistem operasi QNX, sebuah sistem operasi yang baru dibelinya tahun lalu. Bagaimanapun, pihak RIM masih belum memberikan butiran mengenai antaramuka BBX sebelum ia dikeluarkan kepada umum.

Sistem operasi BBX menyokong semua WebWorks dan aplikasi HTML5 yang telah direka bentuk untuk peranti BlackBerry semasa, serta perisian yang dibangun menggunakan alat pembangunan untuk BlackBerry PlayBook (termasuk SDK asli, Adobe AIR/Flash dan WebWorks/HTML5) serta BlackBerry Runtime untuk aplikasi Android. Platform ini juga akan menyokong permainan 2-dimensi dan 3-Dimensi, serta apa yang dipanggil keupayaan "Super App ", yang mana ia membolehkan integrasi yang lebih mendalam di antara aplikasi, perkhidmatan always-on Push, platform sosial BBM dan banyak lagi.
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Facebook beli Friend.ly
Dikirim pada: Tuesday 11 October 2011 - 05:06:48




Facebook telah membeli laman sosial soal-jawab Friend.ly Isnin lalu. Bagaimanapun tidak didedahkan jumlah pembelian laman tersebut yang baru sahaja beroperasi 2 tahun.

Pasukan Friend.ly akan menyertai Facebook dan memberi tumpuan kepada produk baru untuk rangkaian sosial, manakala tapak Friend.ly akan terus beroperasi sebagai perkhidmatan yang berasingan, menurut sumber.

"Facebook memiliki sejarah pengambilalihan yang sangat unik. Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa kami baru sahaja memperoleh syarikat Friend.ly, satu titik permulaan yang menarik untuk orang ramai untuk melibatkan diri dan bertemu dengan orang lain melalui soal-jawab," kata seorang wakil dari Facebook dalam satu kenyataan.

"Kami sangat mengkagumi usaha dari pasukan Friend.ly, dan kami berharap Ed Baker bersama-sama rakan-rakannya akan dapat mencetus satu impak baru cara bagaimana berjuta-juta pengguna Facebook dapat berhubung di antara satu sama lain."

Friend.ly adalah perkhidmatan serupa dengan Formspring telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan dilaporkan telah menambah AS5 juta dalam modal teroka Lightspeed Venture Partners, Balderton Capital dan beberapa angel investor termasuk Ron Conway dan Jeff Clavier.
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Permainan FarmVille akan difilemkan
Dikirim pada: Sunday 09 October 2011 - 06:06:40




Sebuah filem yang diadaptasi dari permainan sosial Zynga, Farmville akan ke layar perak, menurut sumber dari IGN. Alec Sokolow dan Joel Cohen dikhabarkan akan menulis skrip bagi filem ini.

Alec Sokolow dan Joel Cohen berkata kepada IGN bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Zynga untuk menghasilkan filem yang berasaskan daripada salah satu permainan dalam talian yang sangat popular itu. Alec Sokolow dan Joel Cohen ialah penulis skrip terkenal dari Pixar yang pernah menulis skrip untuk filem animasi Toy Story.

"Kami akan mengambil peluang ini kerana ia adalah satu pengalaman baru yang sangat menarik," kata Alec ketika ditanya mengenai rancangan masa depan mereka.

Bagaimanapun tidak diketahui siapa yang akan menjadi pengarah bagi filem ini dan tidak juga diketahui bentuk animasi yang akan dihasilkan.

FarmVille ialah permainan dalam talian yang membolehkan pengguna membangunkan ladang ternakan haiwan dan tanaman sendiri. Permainan ini sangat popular di kalangan pengguna-pengguna laman sosial Facebook.
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Domain .XXX dibuka untuk pendaftaran
Dikirim pada: Saturday 08 October 2011 - 03:31:29




Perbadanan Internet untuk Penetapan Nama dan Nombor (ICANN), kumpulan bukan berasaskan keuntungan yang memantau nama domain, telah membuka pendaftaran pilihan xxx sebagai domain top-level domain (TLD) terbaru.

Pilihan nama domain xxx telah dilaksanakan untuk memperbaiki faktor-faktor keselamatan dan carian berkaitan laman web pornografi. Perubahan ini akan meningkatkan keselamatan bagi kedua-dua pihak, mereka yang ingin menyekat laman web pornografi dan mereka yang ingin mencari bahan-bahan tersebut.

Fasa pertama telah bermula sejak 7 September lalu dan akan berakhir pada 28 Oktober ini yang merupakan peringkat awal bagi pemilik web pornografi untuk mendapatkan nama domain pilihan mereka. Pendaftaran umum nama domain xxx akan bermula pada 6 Disember, 2011.
email to someone printer friendly
Komen: 0

 India Lancar Komputer Tablet Termurah
Dikirim pada: Friday 07 October 2011 - 06:42:24




NEW DELHI: India telah melancarkan komputer tablet termurah di dunia semalam. Komputer tablet yang diberi nama "Aakash" itu akan diedarkan kepada pelajar-pelajar di seluruh India dengan harga AS35 (RM111).

Aakash telah dipasang sepenuhnya di India dan dibangunkan oleh DataWind, sebuah syarikat berpangkalan di Britain dan telah bekerjasama dengan Institut Teknologi India Rajasthan.

Tablet tersebut akan dipasarkan secara komersil dengan nama "UbiSlate" dengan harga AS60 (RM190). Ia adalah langkah kerajaan India bagi mengurangkan jurang digital di antara rakyat miskin dan kaya disamping membangunkan teknologi maklumat dalam pendidikan di negara itu.

Tablet dengan skrin sesentuh (touchscreen) bersaiz 7 inci itu juga dilengkapi dengan 256MB RAM, Wi-Fi dan dua palam USB dengan jangka hayat bateri sekitar 3 jam. Tablet "Aakash" dijana oleh sistem operasi Android 2.2 dan dipasang dengan perisian pelayar web dan sidang video.

email to someone printer friendly
Komen: 0

 Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal Dunia
Dikirim pada: Friday 07 October 2011 - 05:47:57




NEW YORK: Syarikat gergasi komputer Apple pada Rabu lalu mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs akibat penyakit kanser pankreas di usia 56 tahun.

"Kami dengan rasa dukacitanya ingin mengumumkan bahawa pengasas syarikat ini, Steve Jobs telah meninggal dunia hari ini (5 Oktober)," kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan umum.

Kematian Jobs berlaku selepas beberapa hari Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple.

Ketua Pegawai Operasi Apple Inc, Tim Cook telah dilantik mengambil alih jawatan Steve selepas beliau meletakkan jawatannya pada 25 Ogos lalu.
email to someone printer friendly
Komen: 0

Pergi ke halaman [1] 2 3 4 5 6







Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.2154 second(s).