Firefox 2.0.0.8

Dikirim pada: Saturday 20 October 2007 - 06:59:18

Mozilla Corporation telah mengeluarkan kemaskini Firefox versi 2.0.0.8. Keluaran ini akan menyokong Mac OS X 10.5 versi "Leopard" dan dua bahasa baru (Georgian dan Romanian). Firefox 2.0.0.8 juga membaikpulih 8 kerentanan keselamatan, termasuk 2 kritikal.

Firefox 2.0.0.8 boleh dimuat turun dari laman web Mozilla:

http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Moveable Type 4.0

Dikirim pada: Saturday 18 August 2007 - 21:09:17



Pasukan daripada Movable Type telah melakukan penambahbaikan yang signifikan dan menambah berdozen ciri-ciri baru ke dalam sistem penyiaran/blogging mereka iaitu Movable Type 4.

Movable Type 4 adalah perisian sumber terbuka dan percuma kepada pengguna persendirian.

Beberapa tahun lalu, Movable Type kehilangan sejumlah besar pengguna (khususnya penggerak open-source) selepas caj yuran diperkenalkan. Ramai daripada mereka telah menukar kepada WordPress. Movable Type baru telah dibuka, dan percuma kepada pengguna-pengguna persendirian.

Beberapa ciri-ciri baru dalam Moveable Type:

- Rekabentuk semula antaramuka (UI).
- Kemampuan penyiaran lebih bertenaga.
- Lebih banyak plugins yang menarik
- Ciri-ciri yang unik
- Dokumentasi dalam bisnes.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Moevable Type 4.0, layari:

http://www.movabletype.com/products/mt4.html
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Firefox 2.0.0.6

Dikirim pada: Tuesday 31 July 2007 - 07:30:26

Mozilla Corporation telah mengeluarkan kemaskini kedua bagi perisian pelayar web Firefox dalam masa dua minggu. Versi terbaru sekarang ialah 2.0.0.6. Dalam versi ini, terdapat dua kerentanan keselamatan, yang akan menyebabkan "unescaped URIs" dihantar ke program luar.

Dua minggu yang lalu, Mozilla Corporation telah mengeluarkan Firefox versi 2.0.0.5 bagi membaikpulih dua kerentanan keselamatan kritikal.

Firefox 2.0.0.6 boleh dimuat turun dari laman web Mozilla.
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Apple Lancar Safari 3 Public Beta

Dikirim pada: Tuesday 26 June 2007 - 09:35:36

Pada 11 Jun yang lalu, Syarikat Apple telah melancarkan perisian pelayar web pertama Safari 3 Public Beta untuk platform Windows. Ini memberikan peluang dan pengalaman baru kepada pengguna-pengguna Windows.

Menurut Steve Jobs, Safari 3 dijangka akan dikeluarkan pada bulan Oktober ini bersama-sama dengan Mac OS X, dan persembahan HTML lebih laju berbanding pelayar web Internet Explorer dan Firefox. Dalam laman web Safari, Safari 3 adalah dua kali lebih laju berbanding Internet Explorer 3, dan 1.6 kali lebih laju berbanding Firefox 2.

Safari 3 Public Beta boleh dimuat turun dari http://www.apple.com/safari . Keperluan sistem: Mac OS X 10.4.9 atau terkini, atau Windows XP atau Vista dengan 256MB RAM dengan kelajuan pemproses 500 MHz atau lebih laju. Sila maklum bahawa Safari 3 masih dalam peringkat Public Beta.

Contoh cekupan skrin Safari 3.



email to someone printer friendly
Komen: 0

 Firefox 2.0.0.4

Dikirim pada: Thursday 31 May 2007 - 11:57:21

Mozilla Corporation baru sahaja mengeluarkan Mozilla Firefox versi 2.0.0.4. Versi terbaru ini akan membaikpulih beberapa kelemahan sekuriti versi 2.0.0.3 yang dikeluarkan pada 21hb Mac yang lalu.

Antara perkara baru yang terdapat dalam versi ini ialah; kemaskini keselamatan, sokongan Windows Vista, sokongan bahasa Afrikaans dan Belarus, serta beberapa ciri-ciri lain.

http://www.mozilla.com/en-US/firefox/2.0.0.4/releasenotes/
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Mozilla Thunderbird 2.0 Dilancar

Dikirim pada: Thursday 24 May 2007 - 21:47:28

Mozilla Corporation telah mengeluarkan versi terbaru aplikasi emel mereka iaitu Mozilla Thunderbird 2.0. Thunderbird 2.0 telah dimasukkan dengan beberapa penambahan baru seperti tema dan antaramuka yang lebih menarik, teks mesej preview dalam mail alerts, kemudahan untuk membuka akaun baru seperti Gmail dan lain-lain penambahbaikan.

Sila dapatkan versi terbaru ini:

http://www.mozilla.com/en-US/thunderbird/
email to someone printer friendly
Komen: 2

 Langgan RSS

Dikirim pada: Sunday 13 May 2007 - 09:19:27

Langgan RSS Berita, Artikel dan Tutorial kami melalui RSS Reader, My Yahoo!, Google Personalized, dan My MSN.

Maklumat Lanjut
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Kemaskini Windows Kritikal

Dikirim pada: Monday 02 April 2007 - 03:40:02

Microsoft telah mengeluarkan kemaskini kritikal bagi Windows XP SP2, Windows 2000, Windows Server 2003 dan Windows Vista. Kerentanan dalam GDI (Graphical Device Interface) termasuk animasi cursor yang membolehkan kod dilaksanakan secara remote.

Sila muat turun kemaskini terbaru ini melalui Windows Update.

Maklumat Lanjut: http://www.microsoft.com/technet/security/Bulletin/MS07-apr.mspx
email to someone printer friendly
Komen: 0

 Kemaskini Terbaru Mozilla Firefox

Dikirim pada: Thursday 22 March 2007 - 17:33:42

Mozilla Corporation baru sahaja mengeluarkan kemaskini terbaru perisian pelayar web Mozilla Firefox. Versi Firefox 2.0.0.3 boleh didapati menerusi laman web mereka di http://www.mozilla.com. Bagi pengguna Firefox sedia ada, anda sepatutnya menerima kemaskini ini secara automatik. Jika tidak, gunakan menu "Help" - "Check for Updates" pada pelayar Firefox anda.

Kemaskini terbaru ini adalah perlu kerana ia akan membaikpulih beberapa kelemahan sekuriti.

http://www.mozilla.com


email to someone printer friendly
Komen: 0

 Pelaburan menerusi internet haram

Dikirim pada: Sunday 18 March 2007 - 18:28:17

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berang ketika mendedahkan ada pegawai kanan kerajaan di negeri itu dikesan terbabit dalam pelaburan di internet yang semakin popular hingga menjejaskan prestasi kerja.


“Jika masuk jabatan kerajaan, kita melihat segelintir kakitangan sibuk berurusan atau mengendalikan pelaburan skim pelaburan menerusi internet.

“Yang menarik, bosnya (ketua jabatan) turut mengeluarkan wang untuk menyertai skim ini. Ini menyebabkan prestasi kerja menurun,” katanya.

Bagaimanapun, hanya satu pesanan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kepada umat Islam yang ghairah melabur di internet:

“Jika makan khinzir itu haram dan berdosa besar, dosa makan riba adalah lebih besar daripada dosa makan khinzir. Kerana itu, al-Quran mengisytiharkan riba sebagai perang.”

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan mengenai pelaburan menerusi internet yang disifatkannya riba.

Menurut mufti termuda negara itu, tindakan ramai orang Melayu menyertai pelaburan itu yang menjanjikan pulangan dalam tempoh singkat jelas bertentangan dengan Islam.

“Pelaburan ini tidak menjalankan sebarang bentuk perniagaan kerana menggunakan pulangan tetap (fixed return) yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam iaitu Mudharabah.

“Apabila melabur, pelabur tidak perlu berbuat apa-apa, hanya tunggu keuntungan tanpa mengetahui apa yang dijalankan itu betul atau salah,” katanya.

Dr Mohd Asri berkata, sehubungan itu Majlis Fatwa Perlis (MFP) yang bersidang bagi membincangkan perkara berkenaan 10 Mac lalu mengeluarkan fatwa sebarang bentuk pelaburan menerusi internet adalah haram.

Namun, katanya, keputusan itu belum dibawa kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan pihaknya akan berbuat demikian pada pertemuan akan datang supaya dapat memberi gambaran sebenar, khususnya kepada umat Islam.

Dr Mohd Asri berkata, dalam perkara itu umat Islam tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengkaji apa yang dilakukan atau disertai.

“Dalam perkara seperti ini yang menawarkan keuntungan atau pulangan segera, orang Melayu memang suka tetapi mereka perlu ingat, ini adalah haram dan berdosa besar.

“Memang ada pihak mengabui mata mereka, pada peringkat awal akan dapat pulangan, tetapi saya pasti ada pihak akan terkena,” katanya.

Beliau kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pejabat Mufti Perlis dan beberapa pejabat kerajaan lain dengan mendakwa mereka menghalalkan pelaburan itu.

“Ingin saya tegaskan di sini, kami tidak pernah memberi kebenaran, jauh sekali menghalalkan pelaburan menerusi internet, kerana ia jelas haram dan berdosa besar. Begitupun, kami ambil langkah perlu bagi mengelak ia menjadi lebih buruk,” katanya.

Ditanya adakah perkara itu akan dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan atau kepada majlis agama Islam negeri lain, Dr Mohd Asri berkata, ia terpulang kepada negeri masing-masing.

“Kita di Perlis mengharamkannya tetapi di negeri lain, terpulang kepada jabatan atau majlis agama masing-masing. Begitupun, saya sarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan segera supaya tidak ramai terbabit dan jadi mangsa,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang Melayu khususnya supaya lebih berhati-hati sebelum menyertai sesuatu skim dan perlu merujuk kepada pihak berwibawa jika ada keraguan.

“Pada hari ini, ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan istilah Islam, sekali gus mengelirukan umat Islam yang menyangka sesuatu perkara itu berlandaskan hukum Islam.

“Hari ini kita ada sekuriti syariah yang menjalankan analisis mengenai pelbagai perkara. Bagi yang kurang faham, boleh merujuk kepada mereka yang terbabit,” katanya.

Sumber: Harian Metro
email to someone printer friendly
Komen: 0

Pergi ke halaman 1 2 3 4 [5] 6 7


Artikel & Tutorial Terkini

Menukar Warna pada Objek Kereta
Menukar warna pada objek kereta menggunakan teknik Replace Color dan Drop Tool.

Mengemaskini status Facebook dari Twitter
Mengemaskini status Facebook dari Twitter serentak menggunakan aplikasi Selective Tweets. Teknik cross-posting ini boleh menjimatkan masa anda di laman sosial.

Jam Tangan Pintar Sony SmartWatch
Sekiranya anda fikir Android hanya diciptakan untuk telefon pintar atau tablet, fikir sekali lagi. Android adalah sistem operasi sumber terbuka yang boleh digunakan bukan sahaja pada telefon pintar atau tablet tetapi juga boleh digunakan dalam pelbagai peranti lain samada kecil atau besar. Antara peranti yang dimaksudkan adalah SONY SmartWatch.

PhoneTrans: Alternatif kepada iTunes
PhoneTrans ialah perisian pemindahan data percuma alternatif kepada iTunes. Perisian ini digunakan untuk memindahkan fail dari komputer ke peranti Apple seperti iPhone, iPad, dan iPod Touch.

Adakah Laman Web Anda digodam?
Mengenali tanda dan sifat-sifat laman web telah digodam dan cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa godam.

Membuat Backup Laman Web Anda dengan cPanel
Menggunakan utiliti backup dalam cPanel untuk menghasilkan satu fail mampat mengandungi keseluruhan fail-fail web yang boleh dimuat turun ke dalam komputer anda.

Cara Membuat Subdomain di cPanel
Subdomain ialah domain sebahagian daripada domain yang lebih besar, ia diletakkan di bawah akar domain. Dalam tutorial ini akan diterangkan cara-cara membuat subdomain di cPanel.

Ubah URL Blog dengan Permalinks
Menggunakan fungsi pautan kekal dalam Wordpress untuk mengubah struktur URL bagi tujuan SEO.

Sekat Panggilan Masuk dengan Call Blocker
Menyekat panggilan masuk dan mesej pesanan ringkas (SMS) dengan aplikasi android Call Blocker.

Windows System Restore dalam Arahan Perintah
Operasi Simpan Semula (System Restore) memudahkan anda mengembalikan semula komputer pada keadaan sebelumnya.


Render time: 0.1912 second(s). DB queries: 72.