UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Reviu Kategori Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2

Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 12 December 2004


Setelah beberapa bulan menggunakan Service Pack 2, saya akan mengulas tentang ciri-ciri baru yang terdapat di dalam SP2.

Security Center
Security Center adalah pusat kawalan yang mengandungi setting Firewall, Automatic Updates dan juga pelindung virus. Sebaik sahaja saya memasang SP2 buat pertama kali, saya akan ditanya samada untuk mengaktifkan Automatic Updates atau tidak.



Auto Update
Automatic Updates adalah penting kepada saya untuk memeriksa samada Windows saya perlu untuk dikemaskini atau tidak. Jika perlu, saya akan ditanya samada untuk memuat turun kemaskini tersebut. Kemudian sebaik sahaja saya memasang kemaskini tersebut, saya akan reboot semula PC apabila saya sudah bersedia. Dengan setting Automatic Updates, saya diberi pilihan samada untuk memuat turun kemaskini secara automatik atau secara manual. Ciri-ciri ini sebenarnya sudah terdapat di dalam keluaran Service Pack sebelumnya (iaitu SP1). Kelebihan yang saya nampak dalam Automatic Updates ialah semasa proses muat turun, ia tidak mengurangkan kelajuan internet saya walaupun file kemaskini biasanya berjumlah Megabyte besarnya. Jadi tidak menjadi masalah kepada saya untuk membuat kemaskini sambil melayari web.




Firewall
Apa yang saya nampak, firewall adalah perubahan paling besar sekali yang dilakukan oleh Microsoft. Walaupun SP1 ada juga menyediakan firewall, tetapi kali ini firewallnya memiliki applet control panelnya sendiri. Ini bermakna saya boleh mengawal setting firewall bagi setiap sambungan yang saya inginkan. Firewall Windows mempunyai perlindungan kawalan keluar (outbound) yang simple meskipun ZoneAlarm boleh melakukan jauh lebih baik daripada itu.



Saya juga boleh hadkan servis dari diakses oleh jarak IP tertentu. Secara default, hanya servis Remote Assistance dan File & Print Sharing sahaja akan dibenarkan menerima sambungan, dan ini akan menyekat komputer yang berada di dalam subnet yang sama, tetapi fungsi ini boleh ditutup, dibuka, atau dimasukkan alamat IP jarak atau spesifik.

Bagaimanapun, terdapat dua isu Security Center yang ingin saya ketengahkan. Satu ialah masalah font ClearType yang tidak berfungsi sama sekali, dan yang kedua, Windows Update akan dibuka menggunakan default browser. Dalam kes saya, Opera adalah pelayar default saya, jadi saya mendapat mesej bertanyakan untuk menaiktaraf (upgrade) Opera saya kepada IE. Sepatutnya ia menggunakan IE, harap Microsoft akan memperbetulkan masalah ini di masa hadapan.

Kesimpulan yang saya dapat buat mengenai Service Pack 2 ialah, satu ciri-ciri yang dinanti-nantikan oleh ramai pengguna Windows. Walaupun ada pihak mengganggap ini adalah langkah pertama Microsoft untuk mengawal pengguna-penggunanya, tetapi bagi saya Microsoft hanya ingin melindungi pengguna-penggunanya (bukan mengawal). Jika anda bimbang, gunakan 3rd party firewall dan packet sniffer untuk melihat keluar masuk data.





Penilaian:
90%

Komen
Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2 mus3na | 09 Dec : 12:50
Tetamu

Penyertaan: 31 Dec : 18:00

Reply
well walaupun aku kerja ngan microsoft tapi aku terpaksa ingatkan korang yg winFire just inbound filter. ade thread yg diketahui mampu mematikan firewall ni, tapi takde code yg ditulis buat masa ni. So aku sendiri off winfire selepas aku habis buat testing, sekarang aku pakai firewall dalam TMIS2005.

apapun, fair review


Komen
Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2 apes | 12 Dec : 08:04
Tetamu

Penyertaan: 31 Dec : 18:00

Reply
bagi saya sp2 ni menyusahkan...

ada sekali tu saya buat system restore kat my cpu...

pastu terus hang dan takleh login langsung...

so saya terus format cpu tu....


Komen
Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2 haris | 11 Apr : 02:11
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 11 Apr : 01:39

Reply
saya ni org indo walau pon kurang paham bhs malaya aku akan tetap
mmpelajari apa2 yg awak kata2 .
boleh ta saya tau bagai mana cara nak pomat yg betol
apa awak nak ajar saya.
maaf saya anak kureng sekolah tapi saya nak lebih dari
anak yg bersekolah mohon terima comen saya ini !!!!!!!!


Komen
Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2 z-zain | 27 Apr : 23:09
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 20 Apr : 23:22

Reply
ape2 pun bg saya sp2 adalah yg terbaik


Komen
Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2 Zulkifli | 26 Jun : 01:06
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 24 Jun : 23:46

Reply
macam mana nak remove virus brontok ye,ko orang ada cadangan tak


Komen
Ciri-ciri Windows XP Service Pack 2 muneera | 09 Jul : 02:36
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 09 Jul : 02:24

Reply

helo...sy btol2 perlu bantuan. sy praktikal n perlu wat website tok company. masalahnye sy x tau n x penah cube. klu bleh bgtau asas. thanx



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.

Credential Manager dalam Windows 7
Pengenalan dan cara penggunaan Credential Manager dalam Windows 7.

Memapar matawang dengan betul
Memformat wang / matawang menggunakan fungsi NUMBER_FORMAT

Simbol Pembuka Kata dalam Pembolehubah
Menggunakan simbol pembuka kata (Double Quotes) dalam pembolehubah (Variable)

Nyahaktif Hibernasi dalam Windows 7
Menyahaktif (Deactivate) Hibernasi untuk menjimatkan ruang storan dalam Windows 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2118 | Jumlah Artikel: 397
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1776 second(s).