UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Ulasan Kategori Kamus 3000 - Perisian Kamus

 Kamus 3000 - Perisian Kamus

Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 23 February 2005




Perisian kamus Dwibahasa Elektronik keluaran syarikat The Name Technology



Kamus 3000 adalah perisian Kamus Dwibahasa Elektronik: Bahasa Inggeris-Bahasa.

Program ini berfungsi dengan bersedia untuk menerima apa-apa input perkataan dengan hanya highlightkan pada perkataan yang ingin diterjemahkan. Perisian ini menggunakan teknologi yang dipanggil CheckAnywhere dimana ia berfungsi dalam semua perisian Windows. Maksudnya program ini boleh menerima input dari mana-mana bahagian kontrol Windows seperti Kotak Teks, Kotak Kombo dan juga dari perisian-perisian lain seperti Microsoft Office, Internet Explorer dan sebagainya. Ini memudahkan kepada pengguna-pengguna Internet untuk menterjemah sesuatu perkataan.



Dari segi penterjemahan, Kamus 3000 menggabungkan istilah bahasa, kata nama, kata kerja dan juga adjektif.

Satu lagi kelebihan Kamus 3000 ialah, ia akan mencadangkan perkataan yang paling hampir dengan perkataan jika perkataan yang dicari tidak tepat atau tersalah ejaan.

Perisian ini boleh berfungsi selama 60 hari dari hari pertama ia diaktifkan. Jika anda ingin meneruskan penggunaan, anda perlulah mendaftar dengan pembangunnya supaya anda layak menerima bantuan jika anda menghadapi masalah teknikal semasa menggunakan perisian ini.



Berikut adalah ciri-ciri utama bagi Kamus 3000:

Mengandungi dua buah kamus:
Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu.
Kamus Istilah yang mengandungi terminologi terjemahan.
Mengandungi lebih daripada 100,000 entri.
Rujuk-silang: boleh mencari makna dalam Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris dan sebaliknya.
Teknologi CheckAnywhere yang berfungsi dalam semua perisian Windows.

Jenis Perisian: Demo
Harga: RM99.00
URL: http://www.tntsb.com/
Download: http://www.tntsb.com/index.php?q=DownloadTrialSoftware

Pro
? mudah digunakan
? teknologi CheckAnywhere

Kontra
? tiada









Penilaian:
98%

Komen
Kamus 3000 - Perisian Kamus sumael | 07 Oct : 00:10
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 06 Oct : 22:05

Reply
bagaimana caranya jika sy nk daftar kamus 3000 psl tempof trial sy da nk abis?


Komen
Kamus 3000 - Perisian Kamus admin | 08 Oct : 11:11
Jumlah Komen: 12


Reply
Boleh beli versi penuh di sini:

http://secure.tntsb.com/shop/



Komen
Kamus 3000 - Perisian Kamus asyraf | 17 Aug : 22:15
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 17 Aug : 21:55

Reply
bagaimana saya nak tahu maklumat tentang komputer dengan lebih terperinci. boleh tak bina satu sumber maklumat dari laman web ini.


Komen
Kamus 3000 - Perisian Kamus citina | 07 Apr : 00:27
Jumlah Komen: 4

Penyertaan: 26 Mar : 01:01

Reply
Bolehkah ditambah perkataan baru dalam kamus3000 ?


Komen
Kamus 3000 - Perisian Kamus citina | 07 Apr : 00:29
Jumlah Komen: 4

Penyertaan: 26 Mar : 01:01

Reply
Bolehkah kamus3000 versi penuh dipasang pada 2 komputer peribadi saya?


Komen
Kamus 3000 - Perisian Kamus citina | 07 Apr : 00:32
Jumlah Komen: 4

Penyertaan: 26 Mar : 01:01

Reply
Komputer yg hdk dipasang kamus3000 tidak ada sambungan internet. Adakah ini akan menimbulkan masalah?


Komen
Kamus 3000 - Perisian Kamus citina | 07 Apr : 00:32
Jumlah Komen: 4

Penyertaan: 26 Mar : 01:01

Reply
Komputer yg hdk dipasang kamus3000 tidak ada sambungan internet. Adakah ini akan menimbulkan masalah?



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.2410 second(s).