UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google


Google
Web ilmuit.com
Reviu Kategori Sistem pembayaran berasaskan emas e-gold

Sistem pembayaran berasaskan emas e-gold

Oleh webmaster
Dikirim pada Tuesday 08 March 2005


Sistem pembayaran elektronik berasaskan berat emas.

e-gold ialah sistem mata wang elektronik yang berasaskan akaun sistem pembayaran membolehkan sesiapa sahaja menggunakan emas sebagai wang. Ia adalah sistem pembayaran dimana setiap perbelanjaan adalah mengikut kadar berat emas. Dengan e-gold juga, anda boleh menyimpan sejumlah wang ke dalam akaun e-gold anda.

Kelebihan e-gold ialah ia dinilai berdasarkan berat emas dan bukan berdasarkan mata wang dolar US, Ringgit Malaysia mahupun unit mata wang yang lain. Contoh yang boleh saya berikan ialah seperti berikut:

Belanja 5.3 gram bernilai e-gold
Belanja US $100 bernilai e-gold

Ini bermaksud (sebagai contoh), warganegara Amerika boleh membayar kepada warganegara Jepun atau rakyat Malaysia boleh membayar kepada rakyat Jerman dengan berat emas (e-gold) untuk setiap produk atau servis dengan mudah pada kadar harga yang ditetapkan di dalam mata wang negara masing-masing.

Jika anda memiliki akaun e-gold, anda boleh menambah nilai wang akaun e-gold anda. Terdapat dua cara untuk memindahkan wang ke dalam akaun e-gold, cara paling efektif ialah dengan memindahkan wang daripada pemegang akaun e-gold orang lain ke dalam akaun e-gold anda. Ini bermakna pemegang akaun e-gold boleh memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun anda dengan mudah dan cepat.

Cara kedua ialah dengan mengeluarkan wang dari akaun e-gold ke mana-mana akaun yang menyokong pertukaran wang e-gold, antaranya ialah melalui kad kredit, bank, check, kiriman wang, PayPal, dan juga lain-lain servis.

Jika anda ada membuka kedai online, anda juga boleh menggunakan e-gold sebagai perantara pembayaran bagi memudahkan pelanggan anda membuat pembayaran terhadap servis dan produk yang anda tawarkan.

Pendaftaran untuk membuka akaun adalah percuma, tiada yuran dikenakan kepada anda. Jika anda berminat untuk memiliki akaun e-gold ini, daftarlah sekarang dengan klik pada logo e-gold di bawah ini. Anda akan dibawa terus ke halaman pendaftaran.



Setakat ini saya amat berpuas hati menggunakan servis ini kerana ia mengutamakan ciri-ciri keselamatan seperti 128-bit SSL, dan boleh diaplikasikan ke dalam program online shopping (Shopping Cart Interface).


Pro
? dinilai berasaskan emas
? pemindahan wang yang cepat
? memenuhi ciri-ciri keselamatan 128-bit SSL

Kontra
? pemindahan wang hanya boleh dilakukan antara pemegang akaun e-gold sahaja





Penilaian:
97%


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Tip Keselamatan Rangkaian Wayarles
Cara-cara untuk meningkatkan keselamatan Rangkaian Tanpa Wayar (Wayarles)

Menukar PHP menjadi HTML
Menukar fail PHP menjadi fail HTML menggunakan modul mod_rewrite di dalam pelayan Apache. Tingkatkan keselamatan web anda.

Pantau kelajuan PC dengan Task Manager
Mengurus dan memantau tugasan di dalam Windows

Menambah kelajuan Startup Windows
Tutorial ini menunjukkan secara ringkas untuk membuang logo boot Windows menjadikan proses start up Windows meningkat sebanyak 2%.

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2216 | Jumlah Artikel: 401
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1064 second(s).