UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Ulasan Kategori REALmagic Hollywood Plus DVD Decoder

 REALmagic Hollywood Plus DVD Decoder

Oleh webmaster
Dikirim pada Tuesday 13 September 2005




Kad pemecut DVD keluaran Sigma Designs, Inc.

Baru-baru ini saya ada membeli pemain DVD jenama Pioneer jenis internal yang digandingkan dengan kad video AGP nVIDIA untuk memainkan wayang DVD di TV. Walaupun kad AGP nVIDIA saya mampu untuk memainkan video di TV saya yang bersaiz 29" namun dari segi kualiti, ia amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pemain DVD standalone. Ini kerana kualiti output gambar yang dihasilkan amat mengecewakan. Saya ada merujuk beberapa forum di internet yang membincangkan tentang kualiti output yang dihasilkan oleh kebanyakan kad video, dan kebanyakan mereka bersetuju dimana video-output yang terdapat pada kebanyakan kad video tidak setanding apa yang terdapat pada pemain DVD standalone.

Jadi saya telah mengambil keputusan untuk membeli sebuah pemacu kad DVD yang dapat dimasukkan ke dalam komputer. Kad yang saya maksudkan ialah REALmagic Hollywood Plus yang dibeli di Sim Lim Square, Singapura (lebih kurang macam Imbi Plaza). Harga yang ditawarkan pula pada masa itu ialah SGD$50. Kalau diconvert ke ringgit Malaysia harganya lebih kurang RM120.

Produk versi OEM REALmagic Hollywood Plus ini dipakejkan dibawah nama DVDmagic PRO.

Cip yang digunakan oleh Hollywood Plus ini ialah Sigma EM8300.


Nampak cap Sigma?

Video
Cip EM8300 ini boleh menghasilkan skrin penuh video yang beresolusi tinggi (1600 x 1200), warna setinggi 24-bit, menggunakan 10-bit video DAC (Digital to Analog Converter) untuk hasil TV output yang cerah samada dari sistem NTSC ataupun PAL. Ia boleh menyahkod video DVD MPEG-2 dan juga MPEG-1 (nama lain bagi VCD), dengan kemampuan menampung penghantaran data pada kadar setinggi 20Mbps. Kebanyakan pemain DVD untuk komputer generasi ketiga hanya mampu menghantar data sekitar 8Mbps sahaja.

Audio
Dari segi audio, Sigma EM8300 ini boleh mengeluarkan beberapa format audio:

1. Stereo 2-saluran
2. Dolby Surround
3. Dolby Digital 5.1 melalui sambungan S/P-DIF

Sigma ini juga menyokong DTS, tetapi dalam bentuk perisian tegar (firmware). Sila download driver terkini untuk sokongan ini.

Keperluan sistem
Menariknya tentang Hollywood Plus ini ialah ia tidak memerlukan sistem yang berprestasi tinggi. Cukup sekadar:

Pentium 133MHz atau tinggi (AMD atau Cyrix)
Slot PCI 2.1
BIOS yang menyokong fungsi Plug and Play
RAM 16MB dan sekurang-kurangnya ruang cakera keras 2MB
kad SVGA
Pemain DVD-ROM
Windows 95/98/NT4
Pembesar suara Stereo (Dolby AC-3 atau Dolby Pro-Logic diperlukan bagi bunyi keliling)

Jadi saya telah mengambil kesempatan ini untuk memasang Hollywood Plus ini ke dalam sistem Pentium saya.

Pemasangan
Memasang Hollywood Plus amat mudah seperti juga anda memasang kad PCI yang lain. Jadi pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu slot PCI bagi menempatkan Hollywood Plus ini. Pasang driver dan aplikasi "DVD Station". Sambungkan kad ini ke A/V, duduk di atas sofa dan anda boleh terus menikmati video kegemaran anda.

Kemudahan Hollywood Plus ini juga terserlah dengan beberapa pilihan yang didatangkan untuk digunakan bersama-sama dengan peralatan Audio dan Video anda.

Sambungan I/O terdiri daripada Audio (3.5mm), S/PDIF Out, S-Video Out, VGA-Out, dan VGA-In. Terdapat juga sambungan Line-out dan Cd-in pada sisi papan litarnya, yang digunakan untuk sambungan antaramuka sebelah dalam seperti kad audio atau pemain CD-ROM.


Banyak I/O. Memang seronok!

Kelebihan
Selain kualiti kad ini akan memberikan kepuasan tahap maksima apabila tayangan ditonton pada kaca TV yang lebih besar dari skrin monitor biasa. Sementara anda menonton di TV, anda juga boleh membuat kerja-kerja lain di komputer tanpa gangguan. Ini kerana dvd decoder akan memproses data video di dalam cip kad itu sendiri tanpa membebankan CPU anda.

Pendapat
Bagi penggemar AV yang inginkan kelainan, saya syorkan anda menggunakan Hollywood Plus ini. Walaupun harga DVD standalone sekarang tidak jauh berbeza, tetapi dengan ciri-ciri yang terdapat pada Hollywood Plus ini dan keperluan sistem yang amat rendah, saya percaya anda akan berpuas hati dengan keunggulan yang ditunjukkan oleh REALmagic Hollywood Plus.

Pro
? resolusi tinggi mencapai 1600 x 1200
? video-out yang berkualiti

Kontra
? DTS tidak dijana menggunakan cip








Penilaian:
80%


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1841 second(s).