UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Reviu Kategori AV Bros Page Curl 2.0

AV Bros Page Curl 2.0

Oleh webmaster
Dikirim pada Friday 23 December 2005


Filter Plug-In Adobe Photoshop untuk menghasilkan efek lengkungan, efek 3D dan pencahayaan.

AV Bros Page Curl ialah filter plug-in (8bf) yang boleh digunakan di dalam perisian Adobe seperti Photoshop, Photoshop Elements dan Image Ready termasuk Macromedia Fireworks dan juga beberapa aplikasi serasi yang lain.



Plug-In ini boleh digunakan untuk menghasilkan efek lengkungan pada imej menggunakan dua jenis teknik iaitu teknik lipatan dan gulungan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membentuk tekstur bump maps pada imej, mengubah bentuk imej kepada 3D dan juga mengubah pencahayaan seperti bayangan dalaman.

Dengan Page Curl, anda boleh menjadikan imej atau foto anda kelihatan lebih kreatif.

Memasang Page Curl sangat mudah, muat turun Demo plug-in ini dari tapak web AV Bros. Pastikan anda mempunyai program Adobe Photoshop di dalam komputer anda. Tutup program Photoshop dan jalankan program Setup dan pasang plug-in ini ke dalam direktori Plug-Ins Photoshop (Jika anda memasang plug-in ini di dalam Adobe Photoshop versi 5.0 dan ke atas, program setup akan secara automatik mencari kedudukan plug-ins). Kemudian klik butang Install. Mulakan Photoshop dan anda akan mendapati menu AV Bros dipaparkan pada bahagian menu Filter.

Jenis Perisian: Demo
Harga: USD29.95 (RM112.61)
URL: http://www.avbros.com




Penilaian:
82%


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.

Credential Manager dalam Windows 7
Pengenalan dan cara penggunaan Credential Manager dalam Windows 7.

Memapar matawang dengan betul
Memformat wang / matawang menggunakan fungsi NUMBER_FORMAT

Simbol Pembuka Kata dalam Pembolehubah
Menggunakan simbol pembuka kata (Double Quotes) dalam pembolehubah (Variable)

Nyahaktif Hibernasi dalam Windows 7
Menyahaktif (Deactivate) Hibernasi untuk menjimatkan ruang storan dalam Windows 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2200 | Jumlah Artikel: 397
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0808 second(s).