KartOO - Enjin Carian Meta Kartografi
Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 25 January 2006
Enjin carian internet menggunakan teknik kartografi.
KartOO ialah sebuah enjin carian meta yang menggunakan teknik kartografi untuk menganalisa soalan carian dengan membuat soalan terhadap enjin-enjin carian popular dan kemudian mempersembahkan keputusan dalam bentuk peta.
Dalam peta ini akan diterangkan bagaimana halaman-halaman penting dihubungkan berdasarkan kata kunci yang dimasukkan oleh pengguna. Data-data tersebut akan dikumpul dan dianalisa seterusnya menghasilkan keputusan dalam bentuk visual yang mudah dan ringkas.
KartOO bukanlah pesaing kepada Google kerana KartOO adalah sebuah enjin carian jenis meta iaitu enjin yang akan merangkumi kesemua enjin-enjin carian popular yang terdapat di internet termasuklah Yahoo! dan Google.
Jika anda bosan keputusan carian yang dihasilkan oleh Google, saya syorkan anda menggunakan KartOO kerana ia mampu untuk membuat keputusan bagi pihak anda dengan tepat.
URL:
http://www.kartoo.com
Penilaian: