UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Ulasan Kategori AdBrite - Pendapatan melalui Trafik

 AdBrite - Pendapatan melalui Trafik

Oleh webmaster
Dikirim pada Tuesday 02 January 2007




Jual dan beli iklan dengan AdBrite. Menjana pendapatan melalui laman web.

Apa itu AdBrite?
AdBrite ialah perkhidmatan pengiklanan bagi membolehkan pengunjung web membeli ruang iklan yang terdapat di dalam laman web. Ia berfungsi dengan pengendali laman web menawarkan ruang iklan kepada pengiklan untuk disewa. Harga akan ditentukan oleh anda sebagai penerbit sementara AdBrite akan bertindak sebagai perantara antara penerbit dan pengiklan.



AdBrite berfungsi sama sepertimana AdSense. Kelebihan AdBrite berbanding AdSense ialah ianya boleh dijalankan pada semua halaman tanpa perlu hirau tentang isi kandungan. Ini bermaksud, anda boleh letak iklan AdBrite pada halaman yang menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Menjual iklan
Penerbit boleh menjual tiga jenis iklan iaitu iklan teks, sepanduk dan juga celahan aktif. Iklan teks ialah iklan yang berisi keterangan produk. Iklan sepanduk pula ialah iklan jenis logo, grafik, atau animasi dengan pelbagai bentuk dan saiz. Manakala celahan aktif ialah iklan skrin penuh yang ditayangkan di antara halaman web dan pelayar (browser).

Sekiranya terdapat permohonan iklan dari pengiklan, AdBrite akan memaklumkan kepada penerbit melalui emel. Penerbit boleh menyemak setiap tempahan iklan untuk kelulusan.


Rajah 1: Iklan untuk disemak

AdBrite akan mengumpul data-data laman web seperti jumlah pengunjung, jumlah page view, ranking dalam Alexa, kadar pembelian semua, dan kos bagi setiap klik (CPC). Jadi ia amat berguna sekali bukan saja kepada pengiklan malah kepada sesiapa saja yang ingin melihatnya.


Rajah 2: Statistik

Pendapat
Selepas beberapa bulan mencuba AdBrite, saya dapati kadar bayaran 'click-through' AdBrite adalah 10 kali lebih rendah berbanding AdSense. Bagaimanapun, anda masih boleh gunakan AdBrite dan AdSense secara serentak bagi memaksimumkan pendapatan anda.



Walaupun AdBrite masih baru dalam dunia pengiklanan internet berbanding AdSense, namun telah banyak peningkatan yang dilakukan dari masa ke semasa sehinggalah mereka memenangi anugerah ClickZ Marketing Excellence Awards 2006 untuk ketegori "Best Advertising Network".

Klik di sini untuk mendaftar akaun AdBrite secara percuma.

Pro
? Penerbit antarabangsa dibenarkan

Kontra
? CPC yang rendah
? Pembayaran dibuat selepas 60 hari dari tarikh matang
? Sesuai untuk laman web yang menerima impression yang tinggi









Penilaian:
85%

Komen
AdBrite - Pendapatan melalui Trafik budakbaru | 15 Apr : 02:19
Jumlah Komen: 3

Penyertaan: 11 Apr : 19:11

Reply
BAgus dan terima kasih kepada pengirim kerana sudi memberikan idea kepada orang seperti saya


Komen
AdBrite - Pendapatan melalui Trafik articunofb | 11 Apr : 01:18

Jumlah Komen: 6

Penyertaan: 09 Apr : 23:34

Reply
tax id tu kena tulis brape?


Komen
AdBrite - Pendapatan melalui Trafik webmaster | 14 Apr : 10:49

Jumlah Komen: 38


Reply
Tax ID tu optional. Nak kosongkan pun boleh atau contact dengan AdBrite technical support. Diorang akan setkan manual.


Komen
AdBrite - Pendapatan melalui Trafik articunofb | 21 Apr : 03:21

Jumlah Komen: 6

Penyertaan: 09 Apr : 23:34

Reply
@webmaster
kenapa code ni x jadik dlm wordpress?


Komen
AdBrite - Pendapatan melalui Trafik webmaster | 27 Apr : 20:33

Jumlah Komen: 38


Reply
@articunofb

Kod yang mana satu? Kod yang AdBrite bagi tu cuma copy dan paste ke dalam website dan semua jenis CMS dan blog. Kemudian kena tunggu dalam sejam dua, nanti ia akan diaktif secara automatik.


Komen
AdBrite - Pendapatan melalui Trafik articunofb | 28 Apr : 09:39

Jumlah Komen: 6

Penyertaan: 09 Apr : 23:34

Reply
code yg dia bagik tu macam broken je script die...



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2658 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1317 second(s).