Kemaskini Aplikasi dengan Glarysoft Software Update
Oleh webmasterDikirim pada Wednesday 10 August 2011
Perisian yang dipasang ke dalam komputer perlu dikemaskini selalu bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Semak kemaskini perisian yang dipasang pada komputer anda dengan Glarysoft Software Update.
Terdapat tiga masalah yang biasanya timbul di sini, sesetengah aplikasi tidak menyemak kemas kini terbaru apabila fungsi kemaskini dimatikan (disabled), ada juga sesetengah aplikasi tidak mempunyai keupayaan kemaskini sehingga menyukarkan pengguna mengetahui kemaskini terkini dari pihak pembangun, dan juga walaupun semua aplikasi mempunyai fungsi kemaskini, untuk mengetahui aplikasi mana yang sudah dan yang belum dikemaskini memerlukan anda untuk membuka setiap aplikasi satu persatu.
Sekiranya anda inginkan semua aplikasi sentiasa up-to-date setiap masa, tidak kira aplikasi mana dan yang paling kerap digunakan, perisian Software Update oleh Glarysoft boleh membantu anda menyemak kemaskini perisian yang dipasang pada komputer anda. Perisian ini boleh menyemak dan memuat turun kemaskini perisian yang dipasang tanpa perlu berurusan dengan aplikasi. Anda boleh menjadual masa penyemakan dan menerima kemaskini pada masa-masa yang telah ditetapkan. Apabila kemaskini tersedia untuk dimuat turun, anda akan diberikan maklumat pautan muat turun dari pustaka Glarysoft, di mana semua maklumat kemaskini perisian disimpan.
Apabila perisian ini dilancarkan, ia akan terus mengimbas komputer bagi merekod senarai aplikasi semasa yang dipasang dan memaparkan kemaskini masing-masing.
Dengan menekan pautan kemaskini yang berada di atas butang Refresh sebelah kanan akan membawa anda ke halaman Glarysoft (melalui pelayar web anda). Anda akan diberikan maklumat tentang perisian dengan versi penilaian, kemaskini, dan pautan muat turun perisian. Klik butang Download Update untuk mendapatkan kemas kini yang diingini. Mekanisma ini diguna bagi memastikan kemas kini perisian tidak dipasang secara automatik.
Klik pada butang Settings dari menu utama untuk membuat tetapan kemaskini secara automatik. Anda boleh membuat kemaskini secara berkala (contohnya setiap 12 jam, setiap hari, setiap 4 hari, setiap minggu, setiap bulan, dan lain-lain).
Keperluan Sistem: Windows 98, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista atau Windows 7.
Muat Turun: http://www.glarysoft.com/products/utilities/software-update/
Penilaian:
| 78% |

