Ulasan Kategori Tingkat Keselamatan Web Dengan WebsiteDefender

 Tingkat Keselamatan Web Dengan WebsiteDefender

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 11 August 2011




Adakah blog atau laman web anda selamat? Sekiranya anda pentingkan keselamatan blog dan laman web anda, pantau aktiviti penggodaman dengan WebsiteDefender. Perkhidmatan dalam talian ini mampu mengimbas semua jenis kerentanan keselamatan.

WebsiteDefender ialah aplikasi dalam talian berfungsi memantau laman web dan blog dari aktiviti penggodam. Ia akan mengaudit keselamatan laman web anda dan memberikan cara dan resolusi untuk mengatasi masalah bagi memastikan laman web anda sentiasa selamat.

Dengan WebsiteDefender anda boleh mengesan kehadiran Malware di laman web anda. Ia juga akan mengaudit laman web dengan isu-isu keselamatan, mengelak penyenaraian hitam oleh Google, memastikan kandungan laman web dan data anda selamat, serta memantau aktiviti penggodaman.



Perkhidmatan ini sangat mudah digunakan kerana ia memiliki antara muka yang sangat mesra pengguna. Apa yang penting adalah ia mengambil kira semua jenis serangan masakini seperti malware, akses shell (Reverse Shell), mengesan kata laluan yang lemah, mengesan sebarang penggunaan plugins atau teras WordPress yang sudah lapok, serta memeriksa kelemahan konfigurasi fail .htaccess dan banyak lagi.



Setiap amaran akan dijelaskan dengan terperinci bagi membantu anda menyelesaikan setiap isu-isu yang terdapat di blog atau laman web anda.



Salah satu ciri hebat yang ada pada WebsiteDefender ialah sebaik sahaja anda melanggan perkhidmatan ini, anda akan secara automatik dimaklumkan mengenai isu-isu baru melalui emel.

WebDefender juga mengeluarkan plugins untuk Wordpress yang boleh ditemui di sini:

http://wordpress.org/extend/plugins/wp-security-scan/
http://wordpress.org/extend/plugins/secure-wordpress/

Sila layari WebsiteDefender hari ini kerana pendaftaran untuk membuka akaun adalah percuma:

Laman Web: http://www.websitedefender.com/
Twitter: https://twitter.com/#!/websitedefender
Facebook: http://www.facebook.com/WebsiteDefender







Penilaian:
90%
>> Senarai ulasan kategori ini
<< Kembali ke laman utama Ulasan


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 0.0592 second(s).