Kandungan Berkaitan Dengan Google Related
Oleh webmasterDikirim pada Wednesday 17 August 2011
Berlegar-legar di laman web bersama Google Related, sebuah utiliti sambungan chrome yang akan membantu anda mencari maklumat berkaitan dengan laman web yang sedang dilayari.
Google telah memperkenalkan satu perkhidmatan baru yang dipanggil Google Related, sebuah pembantu pelayar lanjutan kepada sambungan Chrome "browser assistant". Sambungan ini bertujuan untuk mengarahkan pengguna ke kandungan atau laman web berkaitan dengan halaman yang sedang dilayari. Dalam erti kata lain, anda boleh mendapatkan maklumat tambahan berkaitan info yang dicari tanpa perlu membuat carian tambahan atau melakukan navigasi baru. Cukup dengan hanya klik pada pautan related yang diberikan.
Selain kandungan yang berguna dan menarik, Google Related juga mampu untuk menunjukkan video, peta, ulasan dan lain-lain sumber berkaitan apabila anda melayari laman web kegemaran anda. Keputusan Google Related akan dipaparkan di bahagian papan kecil nipis bawah skrin pelayar web. Jika anda meminati sesuatu kandungan, anda juga boleh menekan butang +1 yang disediakan.
Selepas menggunakan Google Related, saya dapati Google Related masih banyak kekurangan seperti tidak berfungsi sepenuhnya seperti yang diharapkan terutama sekali ketika ia mengimbas laman-laman web berbahasa melayu dan juga pada kebanyakan laman web bahasa Inggeris. Sebagai contoh sekiranya anda melayari laman Facebook, NSTP, atau CNN, ia tidak berfungsi sama sekali tetapi boleh berfungsi di laman web ABC.
Satu perkara yang tidak sedap untuk didengar terutama sekali kepada mereka yang menitikberatkan soal privasi adalah polisi privasi-nya yang menghantar data setiap halaman yang dikunjungi ke pelayan Google. Menurut sumber dari Google, untuk mencari halaman yang berkaitan, Google perlu mengetahui alamat URL halaman-halaman yang telah dilawati. Apa yang dipanggil "ciri-ciri berkeupayaan tinggi" seperti PageRank, SideWiki, Google Related akan menghantar banyak data yang berguna kepada Google.
Bagaimanapun paparan persembahan setiap maklumat yang berkaitan harus dipuji. Sebagai contoh, apabila anda klik pada pautan Related, pautan tersebut akan dibuka pada tetingkap baru supaya anda tidak kehilangan halaman sebelumnya. Tambahan pula, anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan papan Related pada halaman atau laman web tertentu.
Oleh kerana penggunaan Google Related masih terhad, fungsi ini hanya boleh digunakan pada pelayar web Chrome dan IE sahaja. Untuk pengguna Chrome, sila muat turun sambungan (extension) berikut:
https://chrome.google.com/webstore/detail/cikfgcnnhcibkipoldbjegmeojnkaled
Manakala untuk pengguna IE, sila muat turun Google Toolbar di sini:
http://www.google.com/toolbar
Penilaian:
| 65% |
