Sunting Sari Kata dengan Gaupol
Oleh webmasterDikirim pada Monday 26 September 2011
Menggunakan perisian Gaupol untuk melakukan penterjemahan sari kata dan menyunting sari kata video dengan mudah dan cepat. Menyokong sari kata popular seperti MicroDVD, MPL2, MPsub, SubRip (SRT), SubViewer 2.0 dan TMPlayer.
Gaupol adalah perisian penyunting sari kata video yang membolehkan anda membuat suntingan sari kata dialog yang tepat pada video. Gaupol menyokong suntingan fail sari kata berbilang secara serentak dalam tab berasingan dan menyokong semua jenis format sari kata popular seperti MicroDVD, MPL2, MPsub, SubRip (SRT), SubViewer 2.0 dan TMPlayer. Dengan Gaupol, anda boleh membuat terjemahan sari kata (contohnya Bahasa Inggeris ke bahasa Melayu) dengan menggantikan teks satu per satu dari setiap baris teks sari kata. Gaupol juga menyediakan alat pemeriksaan ejaan, penyunting format dan tanda buku sari kata. Satu daripada ciri-ciri terbaik Gaupol ialah ia membenarkan anda menggunakan pemain video pihak ketiga, seperti VLC dan Media Player untuk melihat preview penyampaian sari kata. Anda juga boleh memadam teks cacat (impared text) dan membetulkan ralat ruangan kosong dari fail sari kata yang dipilih.
Untuk menyunting fail sari kata:
1) Klik Open dan pilih Import sari kata yang ingin disunting.
Anda boleh menyunting sari kata serta-merta. Kedua-dua Teks Utama (Main Text) dan Mula/Akhir (Start/End) boleh diubah.
Sebaik sahaja suntingan selesai, klik butang Save untuk menyimpan sari kata.
Satu lagi ciri yang berguna Gaupol ialah keupayaan untuk membetulkan dialog/teks secara automatik. Pilihan ini boleh diakses dari menu Tools -> Check Spelling. Anda juga boleh menyingkir teks cacat, membetulkan ralat ruang kosong dari fail sari kata, menukar huruf perkataan (menukar mana-mana teks yang menggunakan huruf kecil kepada huruf besar) dan memecahkan barisan teks yang panjang. Selain itu anda juga boleh menyemak perubahan yang dibuat kepada sari kata dan memainkan video dengan mudah bagi melihat perubahan yang dilakukan dilakukan semasa proses suntingan.
Untuk menonton sari kata dalam tempoh yang ditetapkan, pilih baris sari kata yang diinginkan dan klik kanan dan pilih Preview. Sebelum video dapat dimainkan, anda perlu memastikan pemain video telah pun
ditetapkan dalam menu Edit -> Preferences -> Preview. Sila buat tetapan di sini untuk memilih aplikasi pemain video default.
Gaupol boleh berjalan di pelantar Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan sistem operasi Linux yang berasaskan Ubuntu, Arch Linux, Debian, Fedora, FreeBSD, Frugalware Linux, Gentoo Linux, Linux Mint dan lain-lain.
Muat turun Gaupol
Penilaian:
| 0% |

