Ulasan Kategori Mencuci Sistem dengan Windisk

 Mencuci Sistem dengan Windisk

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 01 October 2011




Windisk ialah aplikasi pencuci sistem untuk membantu meningkatkan responsif PC dengan membuang fail-fail sampah (junk file) dari sistem anda.

Windisk akan mencuci semua fail sementara, data sementara pelayar web seperti Internet Explorer, Firefox, Chrome, Opera dan Safari, dan menyenarai kekunci daftar registry yang tidak sah. Fungsi Windisk sama seperti utiliti CCleaner kecuali ia berkemampuan untuk menjalankan cucian secara automatik dan memberikan laporan cucian dalam bentuk fail log. Ciri-ciri terbaik Windisk ialah ia mampu untuk menghapus jejak pelayaran web dan menyemak sistem sebaik sahaja anda log keluar (log off) dari sistem Windows, dengan itu ia amat berkesan dalam memadam semua jejak yang tertinggal.



Lancarkan utiliti Windisk dan klik butang Clean dari panel kawalan Windisk (Lihat Rajah 1) untuk membuka menu drop down dan pilih samada untuk mencuci fail bagi pengguna semasa, semua pengguna atau keseluruhan sistem. Hanya pentadbir sistem sahaja yang boleh membersihkan semua sistem dan semua pengguna.



Apabila anda memilih mana-mana opsyen pembersihan yang dinyatakan di atas, secara automatik sistem akan bersih dari fail-fail yang tidak perlu.

Untuk melihat hasil proses cucian, klik butang Logs dari antaramuka utama. Ia akan memaparkan tugas-tugas cucian semasa dan yang sebelumnya secara terperinci (Lihat Rajah 3). Anda juga boleh menggunakan enjin carian untuk mencari Logs dari tarikh sebelumnya.



Di bahagian Options, di bawah tab Management, anda boleh mengaktif cucian fail untuk semua pengguna dan juga pangkalan data carian Windows. Jika anda ingin mengurus tetapan log, masuk ke bahagian Local Preferences dan gerakkan slider ke atas atau ke bawah untuk menetapkan tahap terperinci yang ingin disimpan dalam log dan juga bilangan hari log yang akan disimpan. Anda juga boleh menetapkan fail, folder sendiri, dan kekunci Registry untuk disingkirkan. Sebagai contoh, anda boleh menambah folder yang mengandungi fail *.log atau *.tmp dan juga aplikasi yang tidak boleh dikesan oleh Windisk.



Bahagian Default pula boleh digunakan untuk menambah atau membuang direktori cucian default. Sebagai contoh, anda boleh mematikan fungsi cucian fail sampah dari kekotak carian Windows, Recycle Bin, pelayar web, modul plugin dan sebagainya. Selain itu anda juga boleh ke opsyen Advanced untuk membolehkan cucian fail sampah setiap kali anda log keluar Windows. Pilihan ini dinyahaktif secara default.

Perisian Windisk didatangkan dalam versi percuma dan berbayar. Versi berbayar dibahagikan kepada versi selamat (secure version) versi korporat (corporate version) dan versi korporat selamat (corporate secure) dengan harga sekitar AS$50 seunit. Versi berbayar memiliki ciri-ciri tambahan seperti cucian fail berjadual, sokongan kawalan cucian dalam rangkaian dan akaun pengguna berbilang. Windisk menyokong sistem operasi Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008.

Muat turun Windisk










Penilaian:
0%
>> Senarai ulasan kategori ini
<< Kembali ke laman utama Ulasan


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 0.1088 second(s).