Picfull - Sunting Foto dalam Talian
Oleh webmasterDikirim pada Monday 03 October 2011
Sunting gambar atau foto dalam talian dengan menghasilkan pelbagai efek warna seperti Vintage Dark, Line Coloring, Pen Outline, Color Separation dan lain-lain.
Terdapat banyak laman web yang akan membolehkan anda menyunting gambar dan foto dalam talian, tetapi tidak banyak penyunting yang menyediakan perkhidmatan yang mudah dah ringkas. Sekiranya anda sedang tercari-cari penyunting foto dalam talian yang ringkas, mudah dan cepat, jawapannya adalah Picfull.
Picfull ialah penyunting imej dalam talian yang mudah digunakan terutama sekali bagi mereka yang memerlukan keputusan cepat dan pantas semudah ABC. Dengan Picfull, imej atau foto boleh dimuat naik dengan mudah melalui antara muka web yang disediakan, pilih kesan-kesan efek, dan kemudian lihat hasilnya. Semua kerja suntingan dilakukan pada pelayar web. Setiap foto atau gambar yang disunting juga boleh dikongsi dengan rakan-rakan anda di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Antara kesan-kesan efek yang boleh didapati dalam Ficfull ialah Vintage Dark, Line Coloring, Pen Outline, Color Separation dan banyak lagi.
Untuk memulakan suntingan:
1) Layari http://www.picfull.com
2) Klik butang Edit your photo now
3) Klik butang Choose Photo untuk memuat naik foto dari komputer.
4) Pilih efek yang diinginkan pada panel sebelah kiri (saya akan pilih efek old-colored dalam contoh ini).
5) Klik butang Apply untuk memohon.
6) Selepas berpuas hati dengan gambar yang dihasilkan. Klik butang Save. Anda akan ditanya untuk berkongsi gambar dan foto dengan rakan-rakan anda di Facebook atau Twitter.
7) Klik butang pangkah untuk memuat turun hasil gambar ke dalam komputer.
8) Selesai
Penilaian:
| 0% |

