Mergely - Beza dan Gabung dua fail
Oleh webmasterDikirim pada Wednesday 05 October 2011
Membuat perbezaan di antara dua dokumen atau teks dengan aplikasi Mergely.
Terdapat banyak aplikasi teks yang boleh didapati di Internet. Mergely ialah perisian aplikasi web mengandungi dua tetingkap, dengan input teks dan enjin perbandingan terbina dalam yang akan membuat perbezaan dua teks berasingan. Mergely bukan sahaja boleh membezakan teks yang sama yang dimasukkan secara manual, malah boleh diimport dari fail teks atau fail perkataan (word) membolehkan anda menggabung dan membuat perbandingan dua fail bersama.
Untuk menggunakan Mergely:
1) Layari http://www.mergely.com
2) Salin dan tampal teks di kedua-dua panel kiri dan kanan atau klik butang import untuk mengimport fail dokumen (*.doc) dari komputer.
Aplikasi ini akan secara automatik menerangkan (hightlight) baris-baris yang berbeza dan anda boleh membuat suntingan secara langsung. Halakan tetikus pada baris yang berbeza antara kedua-dua teks dan klik butang gabung untuk menggabungkan kedua-dua baris dan melenyapkan perbezaan. Jika anda klik di bahagian panel kanan, teks dalam panel kanan akan menggantikan apa yang terdapat di panel sebelah kiri begitu juga sebaliknya.
Untuk menyimpan setiap perubahan, klik butang Save.
http://www.mergely.com
Penilaian:
| 0% |

