Ulasan Kategori Ubah Wajah dengan Perfect365

 Ubah Wajah dengan Perfect365

Oleh webmaster
Dikirim pada Tuesday 15 November 2011




Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Sering terjadi apabila foto yang dirakam melalui kamera digital mengalami kecacatan disebabkan oleh kurang pencahayaan atau lain-lain pembolehubah yang memberi kesan kepada kualiti imej. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin perlu meningkatkan kualiti imej, mengubah kesan cahaya atau mungkin terpaksa membuang kesan-kesan jerawat atau ketidaksempurnaan lain dari gambar supaya ia kelihatan lebih menarik.

Bagi mereka yang tidak mahir menggunakan perisian suntingan foto seperti Photoshop, anda sebenarnya mempunyai pilihan alternatif lain yang setanding dengan Photoshop iaitu Perfect365. Ia adalah aplikasi yang kaya dengan ciri-ciri bagi mengesan elemen wajah dan membenarkan perubahan dilakukan pada wajah agar nampak lebih sempurna. Perfect365 mampu mengubah apa sahaja dari warna kulit, saiz mata, warna gigi, kening, saiz mata, hinggalah ke kesan sinaran.



Perfect365 mampu untuk mengecam wajah seseorang, jadi pastikan imej yang ingin dimuat naik ke perisian ini mengandungi wajah seseorang dengan saiz yang munasabah (untuk tujuan pengecaman muka).



Sebaik sahaja imej dimuatkan, anda boleh mengubah pelbagai aspek gambar di menu sebelah kanan atau pilih pra-tetapan di menu sebelah kiri. Pra-tetapan segera ini menyediakan satu transformasi-klik dengan pelbagai pilihan seperti organik, semula jadi, mata yang bersih dan berasap, bibir merah, mata kucing, glam, efek senja, efek waktu malam dan banyak lagi. Anda juga boleh menambah lagi kesan imej dengan memilih pilihan di menu sebelah kanan, yang membolehkan anda membuang kecacatan pada gambar, melakukan pemutihan warna kulit, melembutkan warna kulit, menghapuskan sinaran dari wajah, meningkat dan mengurangkan pemerah pipi, melangsingkan riak wajah, mewarna mata, mengubah kecerahan mata dan bentuk mata, menambah gincu pada bibir, mendalamkan senyuman dan mengubah warna gigi. Sebaik sahaja anda berpuashati dengan hasil gambar, anda boleh menyimpan (save as) gambar atau foto dalam format JPG, PNG, atau BMP.

Berikut adalah contoh hasil perubahan wajah yang dilakukan menggunakan perisian Perfect365. Imej kiri adalah gambar asal Kilafairy, diikuti dengan imej hasil Kilafairy di bahagian kanan. Untuk ujian ini, saya telah mengubah imej Kilafairy dengan melebarkan senyuman, mengubah bentuk mata agar tampak lebih besar, dan menukar warna kulit agar kelihatan lebih licin.



Perfect365 menyokong sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7, dan dijangka akan menyokong versi IOS dan Mac OS X.

Muat turun Perfect365







Penilaian:
85%
>> Senarai ulasan kategori ini
<< Kembali ke laman utama Ulasan


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 0.1631 second(s).