Ulasan Kategori Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress

Oleh webmaster
Dikirim pada Tuesday 20 December 2011




Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Broken Link Checker ialah salah satu plugin penting yang perlu ada bagi setiap pengguna-pengguna Wordpress. Ia mampu untuk mengesan mana-mana pautan rosak atau mati. Plugin ini sangat berguna untuk membersihkan entri-entri lama. Sebelum kita bercakap lebih lanjut mengenai plugin ini, mari kita fahamkan apa itu Broken Link.

Apa itu Broken Link?
Broken link atau pautan rosak ialah pautan atau link yang tidak dapat dicapai lagi. Pautan yang mati atau rosak akan menghasilkan kod ralat HTTP 404 – Not Found. Sebagai contoh, anda mungkin telah memasukkan beberapa pautan luar di dalam entri blog anda beberapa bulan yang lalu, tetapi kini anda mendapati pautan tersebut sudah tidak wujud lagi. Apabila pengunjung mengklik pada pautan atau link tersebut, dia akan menerima kod ralat HTTP 404 - Not Found pada pelayar web. Enjin carian akan mentafsir kod ralat 404 sebagai halaman yang tidak wujud. Dari sudut Search Engine Optimization, pautan yang rosak atau broken link akan memberi impak negatif ke atas blog atau laman web anda.

Plugin WordPress untuk membaikpulih pautan rosak
Broken Link Checker ialah alat untuk menyemak pautan rosak untuk WordPress. Ia boleh membantu anda untuk mencari semua pautan-pautan yang rosak di blog serta semua sambungan terutama sekali pada entri atau pos yang menerima komen yang terlalu banyak. Anda mungkin mempunyai masa yang terbatas untuk menyemak beratus atau beribu pautan yang rosak. Dengan plugin ini, ia mampu memeriksa hampir kesemua URL di blog WordPress dan laporan lengkap kepada anda.

Untuk menggunakan Broken link checker di dalam Wordpress:

1) Muat turun Broken Link Checker di sini
2) Pasang plugin ini ke dalam Wordpress anda
3) Aktifkan plugin dan pergi ke bahagian Tools -> Broken links

Mengesan broken links mungkin akan mengambil masa yang agak lama sebelum anda dapat melihat laporan lengkap. Anda boleh sentiasa menyemak status dari papan pemuka Wordpress anda. Berikut adalah contoh laporan yang dihasilkan oleh Broken Link Checker menunjukkan senarai pautan yang rosak:



Bersama-sama dengan broken link, ia juga menunjukkan kod status bagi membantu anda untuk menentukan samada pautan tersebut perlu dihapuskan, dikemaskini atau diaabaikan tanpa mengambil apa-apa tindakan. Bergantung kepada jumlah pautan yang terdapat di blog anda, plugin ini biasanya akan mengambil masa sekitar 10-45 minit untuk membaikpulih kesemua pautan-pautan rosak.

Anda boleh klik pada Setting di bahagian atas kanan untuk mengubah aturan tetapan.



Ciri-ciri Broken Link Checker:

- Mengesan pautan dalam entri, halaman, komen, blogroll, dan custom fields(pilihan).
- Mengesan pautan yang tidak berfungsi, imej yang hilang dan lencongan.
- Memaklumkan kepada anda melalui papan pemuka atau melalui emel.
- Mengubah rupa bentuk pautan yang rosak kepada bentuk yang berbeza
- Menghalang enjin carian daripada mengikuti pautan yang rosak.
- Anda boleh mencari dan menapis pautan mengikut URL, teks utama dan sebagainya.
- Pautan boleh disunting secara langsung dari bahagian plugin, tanpa perlu mengemas kini setiap entri.








Penilaian:
11%
>> Senarai ulasan kategori ini
<< Kembali ke laman utama Ulasan


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.




Artikel & Tutorial Terkini

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.


Render time: 0.3422 second(s).