Ulasan Kategori Sekat Panggilan Masuk dengan Call Blocker

 Sekat Panggilan Masuk dengan Call Blocker

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 20 May 2012




Menyekat panggilan masuk dan mesej pesanan ringkas (SMS) dengan aplikasi android Call Blocker.



Penafian: Dalam reviu ini, saya akan fokus kepada aplikasi Android, oleh itu sebarang ciri-ciri dan fungsi mungkin berbeza dari satu pelantar dengan pelantar lain.

Telefon bimbit digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun, kadang-kala kita berasa terganggu sekiranya ada nombor yang tidak diingini sering membuat panggilan dan menyebabkan kita merasa kurang selesa. Call Blocker boleh membantu anda menyekat panggilan telefon yang tidak diingini. Hanya atur keutamaan pada aplikasi ini, dan biar telefon anda bekerja untuk anda. Ia menyokong sekatan panggilan telefon oleh nombor tertentu, dan juga menyekat mesej pesanan ringkas yang sepadan dengan nombor penghantar.



Apabila panggilan masuk, Call Blocker akan mengesan nombor pemanggil dan sekiranya nombor tersebut sepadan dengan nombor senarai hitam, ia akan mengabaikan nada deringan. Ia bukan sahaja mampu menyenarai hitam panggilan masuk tetapi juga mampu menyekat mesej pesanan ringkas (SMS).

Sebaik sahaja aplikasi ini dimuat turun ke dalam telefon bimbit, anda akan diarah untuk menetapkan kata laluan bagi Private Space iaitu fungsi berbayar yang disediakan oleh pembangun. Saya cadangkan anda mengabaikan fungsi ini.



Di bahagian panel kawalan, anda akan dipersembahkan dengan pelbagai opsyen pilihan seperti senarai SMS yang telah disekat (blocked SMS), senarai panggilan yang disekat (blocked calls), senarai hitam (blacklist), pendua (backup), privasi, dan Ruang Simpanan Rahsia (Private Space).



Satu ciri menarik yang ada pada Call Blocker ialah keupayaan untuk memilih dengan tepat bagaimana aplikasi perlu menyekat panggilan. Dalam kawalan senarai hitam, anda boleh memilih samada untuk menyekat panggilan masuk, menyekat SMS atau menyekat kedua-duanya.



Cara konvensional adalah untuk menghantar pemanggil terus ke mel suara, tetapi dengan aplikasi ini, ia menawarkan fungsi 'Angkat dan letak', satu ciri yang sangat berguna untuk orang yang tidak anda senangi.



Mungkin ciri yang paling berguna yang terdapat dalam aplikasi ini adalah keupayaannya untuk menyekat nombor tertentu. Ia sangat sesuai dipasang ke dalam telefon android anda sekiranya anda banyak menerima panggilan tidak dikenali atau mesej sampah (spam), dan sekiranya anda enggan menukar nombor baru, aplikasi ini sangat berguna kepada anda.

Aplikasi Call Blocker yang dibangunkan oleh NQ Mobile ini boleh dimuat turun secara percuma dari pasaran android.

Ciri-ciri Call Blocker:

Senarai hitam
- Menyekat panggilan yang tidak diingini (Menolak panggilan, ke hadapan atau membalas dengan mesej pesanan automatik)
- Sekat SMS sampah

Pendua (Backup)
- Membuat backup senarai kenalan ke pelayan.
- Memindahkan data ke telefon baru (peranti Symbian / Android / BlackBerry)

Privasi
- Cepat dan mudah memadam sejarah panggilan, memadam SMS antara telefon anda dan kenalan untuk melindungi data peribadi.

Ruang Simpanan Rahsia (Fungsi berbayar)
- Memindahkan mesej kenalan peribadi secara automatik.
- Fungsi simpan rahsia dengan menyembunyikan ikon yang dipaparkan pada skrin utama, dengan fungsi ini tidak ada sesiapa akan mengetahui anda sedang menggunakan simpanan rahsia.
- Melindungi ruang simpanan anda dengan mewujudkan satu atau lebih ruangan palsu.

Harga: Percuma
Keperluan Sistem: Telefon Android versi 2.0/2.1 (Eclair), Android 2.2 (Froyo), Android 2.3+ (Ginger Bread) dan Android 3.0 (Honeycomb)
Pembangun: http://www.nq.com
Muat Turun: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.netqin.mm







Penilaian:
90%
>> Senarai ulasan kategori ini
<< Kembali ke laman utama Ulasan

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.

Artikel & Tutorial Terkini

Menukar Warna pada Objek Kereta
Menukar warna pada objek kereta menggunakan teknik Replace Color dan Drop Tool.

Mengemaskini status Facebook dari Twitter
Mengemaskini status Facebook dari Twitter serentak menggunakan aplikasi Selective Tweets. Teknik cross-posting ini boleh menjimatkan masa anda di laman sosial.

Jam Tangan Pintar Sony SmartWatch
Sekiranya anda fikir Android hanya diciptakan untuk telefon pintar atau tablet, fikir sekali lagi. Android adalah sistem operasi sumber terbuka yang boleh digunakan bukan sahaja pada telefon pintar atau tablet tetapi juga boleh digunakan dalam pelbagai peranti lain samada kecil atau besar. Antara peranti yang dimaksudkan adalah SONY SmartWatch.

PhoneTrans: Alternatif kepada iTunes
PhoneTrans ialah perisian pemindahan data percuma alternatif kepada iTunes. Perisian ini digunakan untuk memindahkan fail dari komputer ke peranti Apple seperti iPhone, iPad, dan iPod Touch.

Adakah Laman Web Anda digodam?
Mengenali tanda dan sifat-sifat laman web telah digodam dan cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa godam.

Membuat Backup Laman Web Anda dengan cPanel
Menggunakan utiliti backup dalam cPanel untuk menghasilkan satu fail mampat mengandungi keseluruhan fail-fail web yang boleh dimuat turun ke dalam komputer anda.

Cara Membuat Subdomain di cPanel
Subdomain ialah domain sebahagian daripada domain yang lebih besar, ia diletakkan di bawah akar domain. Dalam tutorial ini akan diterangkan cara-cara membuat subdomain di cPanel.

Ubah URL Blog dengan Permalinks
Menggunakan fungsi pautan kekal dalam Wordpress untuk mengubah struktur URL bagi tujuan SEO.

Sekat Panggilan Masuk dengan Call Blocker
Menyekat panggilan masuk dan mesej pesanan ringkas (SMS) dengan aplikasi android Call Blocker.

Windows System Restore dalam Arahan Perintah
Operasi Simpan Semula (System Restore) memudahkan anda mengembalikan semula komputer pada keadaan sebelumnya.


Render time: 0.0886 second(s). DB queries: 32.