UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Instalasi - Memasang PHP 4.x.x ke dalam Windows / Win32

Instalasi - Memasang PHP 4.x.x ke dalam Windows / Win32

Oleh webmaster
Dikirim pada Friday 27 August 2004



Memasang PHP 4 ke dalam mesin Windows atau Win32 tidaklah begitu kompleks.

Semasa artikel ini ditulis versi terkini PHP ialah 4.3.5 yang boleh dimuat turun dari tapak web PHP. Sila dapatkan fail dalam bentuk zip (binary).

Mula Instalasi
1. Buka fail mampatan zip ke dalam C:\PHP\

2. Salinkan fail C:\PHP\php4ts.dll ke dalam C:\PHP\sapi

3. Salinkan fail C:\PHP\php.ini-recommended ke dalam C:\Windows\ dan namakannya semula kepada php.ini.

4. Sunting fail C:\Windows\php.ini dan cari kod berikut:

KOD
extension_dir="./"


Ubah atau gantikan dengan:

KOD
extension_dir="C:\PHP\extensions\"


Nota: Direktori extensions mengandungi fail-fail DLL yang membolehkan PHP diselaraskan dengan pelbagai modul, antaranya seperti Microsoft SQL, PostgreSQL, Oracle, GD, dan lain-lain. Kesemua modul-modul ini perlu diaktifkan melalui php.ini bagi mendapatkan sokongan PHP.

5. Salinkan semua fail-fail yang terdapat di dalam C:\PHP\dlls ke dalam C:\Windows\System32

Konfigurasi PHP 4 dan Apache 2.0
Untuk selaraskan PHP dengan Apache, anda diberi dua pilihan iaitu sama ada untuk menjadikan PHP sebagai CGI binary atau Server Module.

Saya sering menjadikan PHP sebagai CGI binary di dalam mesin Windows tetapi saya fikir saya akan mencuba (untuk kali ini) menjadikan PHP sebagai Server Module pula (seperti yang dicadangkan dalam dokumentasi PHP).

Buka fail httpd.conf dan masukkan kod berikut:

KOD
LoadModule php4_module C:/php/sapi/php4apache2.dll


Cari kod berikut pula:

KOD
doc_root


Ubah atau tambahkan supaya menjadi:

KOD
doc_root = "C:\Program Files\Apache Group\Apache2\htdocs"


Seterusnya masukkan kod berikut:

KOD
DirectoryIndex index.php index.php.var


Ini bagi memastikan Apache dapat memproses fail index.php apabila mengakses indeks direktori.

Mulakan semula pelayan web anda, sekarang gunakan notepad dan masukkan kod berikut:

KOD
<?php

phpinfo();

?>


Simpan ke dalam C:\Program Files\Apache Group\Apache2\htdocs sebagai phpinfo.php. Sekarang gunakan pelayar web anda dengan menghala ke alamat http://localhost/phpinfo.php

Jika PHP anda berfungsi, Tahniah! kerana apa yang anda lihat, itulah PHP yang berjalan sebagai Server Module

Masalah Pemasangan PHP
Jika anda mendapati pelayan web Apache tidak menyokong PHP, periksa sekali lagi. Terdapat dua punca masalah kebiasaannya:

1. Fail PHP yang ingin dicuba itu tidak mempunyai sambungan (extension) .php. Selalunya fail yang diakses oleh pelayar web (browser) akan menunjukkan source code daripada output yang sepatutnya. Pastikan fail mempunyai extension *.php.

2. Pelayan web Apache anda tidak diselaraskan untuk menjalankan enjin PHP bilamana fail *.php diminta untuk diproses. Dalam Apache, aturan ini dikawal oleh fail httpd.conf yang selalunya terdapat dalam direktori C:\Program Files\Apache Group\Apache2\conf. Periksa fail httpd.conf dan pastikan anda memasukkan kod ini ke dalamnya:

KOD
AddType application/x-httpd-php .php


Jika baris ini dikomenkan #, buangkannya kemudian mulakan semula pelayan web.

Anda boleh menambah apa sahaja extension jika anda mahu Apache untuk mengiktiraf ia sebagai skrip PHP. Contohnya:

KOD
AddType application/x-httpd-php .php3
AddType application/x-httpd-php .phtml


Halaman Berkaitan
Konfigurasi PHP dengan Microsoft SQL Server






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2658 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.4903 second(s).