|
Pengenalan kepada Visual Basic
|
|
|
Oleh aRmsTer Dikirim pada Thursday 15 July 2004
|
|
Apakah yang dimaksudkan dengan Hungarian Notation?
Hungarian Notation ialah satu kaedah penamaan dalam melabelkan variable atau/dan sebarang komponen yang digunakan semasa membuat program. Ia terbahagi kepada dua:
1. Jenis (Type) singkatan bagi jenis variable atau komponen yg digunakan.
2. Kata Sifat (Qualifier) nama yang memberi makna terhadap tugas sesuatu variable atau komponen yang digunakan.
Antara contoh penggunaan Hungarian Notation ialah:
strUserID str mewakili jenis string dan UserID mewakili tugas variable (untuk menyimpan id pengguna).
btnEnter frm mewakili komponen command button dan Enter mewakili tugas komponen (untuk masuk/proceed ke antaramuka berikutnya).
Kenapa perlunya Hungarian Notation?
Dalam sesuatu proses pengaturcaraan program/system, mungkin terdapat lebih dari seorang pengaturcara (programmer) yang terlibat. Setiap pengaturcara mungkin hanya terlibat dalam satu-satu modul sahaja. Oleh yang demikian, satu standard perlu diwujudkan agar seseorang pengaturcara boleh memahami dengan lebih mudah coding-coding yang telah dilakukan oleh pengaturcara yang lain. Cuba bayangkan anda membaca coding di mana semua variable dan komponen diwakili oleh nama yang tidak mewakili fungsinya. Sebagai contoh, cuba kita bandingkan diantara dua coding di bawah.
KOD
Sub Main()
Value=textbox1.text
Print Value
End sub
KOD
Sub prMain()
intValue=txtJumlahAnak.text
print intValue
End sub
Cuba kita bandingkan antara kedua coding di atas. Seperti yang anda lihat, agak sukar untuk menentukan samaada variable Value itu digunakan untuk menyimpan maklumat dalam bentuk integer, string ataupun double kerana kita terpaksa membaca keseluruhan coding untuk mengetahui tugas sebenar variable tersebut. Tetapi jika nama variable itu diumumkan mengikut kaedah penamaan Hungarian Notation, kita dapat memahami tugas variable dan jenis maklumat yang disimpan dengan mudah.
Jika anda seorang pengaturcara yang membuat program secara berseorangan sekalipun, anda digalakkan untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam setiap aturcara yang dibuat. Terus-terang saya katakan, bolehkah anda memahami coding-coding yang telah anda buat lima tahun yang lepas dengan mudah tanpa menggunakan kaedah penamaan yang betul?
Tujuan saya menulis semua ini adalah kerana selepas ini, setiap coding Visual Basic yang akan dipaparkan di sini akan ditulis berpandukan kepada teknik di atas. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda semua belajar cara-cara penamaan yang betul kerana soalan-soalan berkaitan coding VB yang tidak mengikut kaedah yang berikut mungkin tidak dapat dijawab kerana agak sukar bagi kami untuk memahami sesuatu coding jika teknik penamaannya tidak betul.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hungarian Notation, anda boleh melayari laman ini:
http://www.cse.dmu.ac.uk/~cfi/Reference/VBHuntNotn.htm
ataupun anda boleh menaip Hungarian Notation di mana-mana enjin carian (Yahoo!, Google, etc) untuk mendapatkan maklumat.
|
|
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial |
Penilaian
Jumlah nilai:           10.0 - 2 juri
|
Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.
| |