Tutorial Kategori Instalasi - Memasang Perl ke dalam Windows / Win32

Instalasi - Memasang Perl ke dalam Windows / Win32

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Memasang Perl ke dalam Windows sangat mudah. Muat turun Perl untuk Win32 di sini.

Kemudian jalankan proses instalasi sepertimana memasang program-program lain ke dalam komputer anda.

Sebelum pemasangan dibuat, kecamkan terlebih dahulu di mana anda ingin letakkan Perl anda. Dalam kes saya, saya lebih gemar meletakkan Perl di lokasi C:\perl. Jadi, setiap header di dalam skrip Perl akan menggunakan:

#!C:/Perl/bin/perl.exe



Setelah selesai memasang, mulakan semula komputer anda.

Kemudian periksa samada Perl anda berfungsi atau tidak dengan memasukkan kod berikut ke dalam notepad.

KOD
#!C:\Perl\bin\perl.exe

use CGI qw(:standard) ;
print header();
print "Tahniah kerana Perl anda berjalan dengan sempurna.";


Simpan sebagai test.pl dan letakkan fail ini di mana-mana direktori yang anda suka (contohnya Desktop). Kemudian buka arahan MS-DOS dan jalankan fail test.pl:

Arahan Perintah
C:\documents and Settings\Along\Desktop>test.pl
Content-Type: text/html; charset=ISO-8859-1

Tahniah kerana Perl anda berjalan dengan sempurna.
C:\documents and Settings\Along\Desktop>


Halaman Berkaitan
Menambah sokongan CGI pada pelayan Apache









email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.


Render time: 2.6317 second(s). DB queries: 96.