UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Break atau Perenggan

Break atau Perenggan

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004

Percaya atau tidak - saya tidak tahu perbezaan antara:

KOD

dan

sehingga tahun 1998 sewaktu saya membuat website peribadi. Jadi saya perlu menganggap ramai orang baru (newbie) dalam pembangunan web ini juga akan terkeliru tentang ini; lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan penyunting HTML WYSIWYG seperti MS Frontpage dan Dreamweaver dari Macromedia.

Menggunakan ENTER untuk membuat Perenggan (Paragraphs)
Mari kita menggangap seketika di mana kita menggunakan MS Frontpage untuk membina laman web. Jika kita menaip 3 baris perkataan berikut dan menekan Enter pada setiap akhir perkataan, anda akan mendapat keputusan seperti berikut:

Kerana apabila anda menekan Enter pada setiap ayat, MS Frontpage (atau Dreamweaver) akan secara automatik mengkod ketiga-tiga ayat sebagai perenggan (paragraphs). Jika anda melihat punca (source) kod dalam MS Frontpage, anda akan dapati kod seperti berikut:

KOD

Saya tidak malu menggunakan MS FrontPage.

Ramai orang berkata untuk memilih Notepad.

Bagi saya, gunalah apa sahaja asalkan kerja siap!

Menggunakan SHIFT + ENTER untuk membuat break
Sekarang, daripada anda menggunakan butang Enter, cuba anda menekan Shift + Enter serentak pada setiap baris ayat, anda akan dapati kod seperti berikut:

KOD

Saya tidak malu menggunakan MS FrontPage.

Ramai orang berkata untuk memilih Notepad.

Bagi saya, gunalah apa sahaja asalkan kerja siap!

Apa pula fungsi penutup break ?

KOD

Itulah break untuk XHTML. Tidak seperti HTML biasa, anda perlu menutup (close) setiap tag atau elemen yang anda gunakan dalam page XHTML. Jadi elemen kosong sebelumnya seperti

KOD

perlu ditutup dengan menggunakan

KOD

Walaubagaimanapun, penggunaan seperti itu memeningkan, dan cara yang paling mudah ialah gunakan tag untuk menutup kesemuanya. Pendek kata ia merangkumi keseluruhan kod, malah anda akan mendapat keputusan yang sama. Inilah yang dikatakan Shothand!

Mari saya berikan contoh mudah berikut:

Saya ambil contoh HTML tag img. Dalam HTML setiap tag img yang dibuka perlulah ditutup dibelakangnya:

KOD

Tetapi lain halnya dengan XHTML, kita cuma tambahkan 'forward slash' sahaja pada tag tersebut tanpa perlu ditutup:

KOD

email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  4.5 - 2 juri

Komen
Break atau Perenggan cade | 01 Jan : 22:42
Jumlah Komen: 4

Penyertaan: 01 Jan : 22:31

Reply
kalo ikut standard sekarang(XHTML), kena tutup la tag
tuh....

aku penah tgk style cam nih:

Komen
Break atau Perenggan puteranetwork | 02 Jan : 05:32
Jumlah Komen: 3

Penyertaan: 09 Jul : 05:01

Reply
cade, dalam XHTML tak perlu ditutup lagi dengan tag penutup. Bila dah bukak dengan satu tag, kita cuma tambahkan forward slash je kat belakang:

terima kasih cade, artikel di atas telah dikemaskini:

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.

Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.

Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0996 second(s).