UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Program Pengoptimum Windows

Program Pengoptimum Windows

Oleh webmaster
Dikirim pada Monday 13 September 2004



Penggunaan komputer yang kerap boleh menyebabkan prestasi komputer anda menjadi lembab lebih-lebih lagi jika anda sering membuang program dan memasang program baru. Oleh itu, untuk mengembalikan prestasi komputer anda, anda perlulah menggunakan beberapa perisian pengoptimum (optimizer).

Pengoptimum Registry



Registry Healer
Program ini akan memeriksa registry windows dengan mencari haluan tidak sah, fon tidak sah, item start menu yang lapok, haluan aplikasi yang tidak sah, fail help yang tidak sah, fail DLL yang tidak sah, dan juga masukan perisian yang tidak terpakai. Kelebihan program ini jika digunakan setiap minggu ialah ia akan memastikan registry anda sentiasa bersih dan betul.




RegSupreme
Program ini pula saya cadangkan sebagai tambahan yang fungsinya tidak terdapat pada program Registry Healer di mana ia memeriksa registy dengan mencari nilai yang tidak memiliki apa-apa data serta maklumat-maklumat yang tidak diperlukan. Ini akan menjadikan registry anda lebih bersih.




RegCompact
RegCompact pula akan menghapuskan data-data yang berselerak dalam registry dengan memampat fail registry seperti Default, SAM, Security and System. Fail-fail registry ini biasanya terletak di dalam folder C:\WINDOWS\System32\config. Kelebihan program ini ialah, ia akan memastikan registry berjalan dengan lebih baik.


Pengoptimum Memori



CachemanXP
Bayangkan jika komputer anda mempunyai memori RAM bersaiz 512 MB. Selepas anda menghidupkan (boot-up) komputer, memori anda hanya tinggal 300MB. Bila anda melancarkan aplikasi seperti Microsoft Office, RAM anda pasti akan berkurangan. Setelah 3 jam menggunakan komputer, tanpa anda sedari memori anda hanya tinggal 10MB sahaja. Kemudian anda melancarkan program baru yang memerlukan saiz memori sebanyak 30MB. Pada saat ini, sistem Windows anda akan menggunakan teknik Paging File (Virtual Memory) di mana ia akan meminjam ruang 20MB daripada cakera keras untuk dijadikan storan. Proses ini tidak digalakkan kerana memerlukan penggunaan CPU yang banyak serta menyebabkan aktiviti cakera keras untuk bekerja lebih keras - ini boleh melembabkan prestasi sistem anda.

Untuk mengatasi masalah ini, cara yang terbaik ialah dengan mengunakan utiliti CachemanXP. Program ini secara automatik akan membuang data yang sudah tidak diperlukan di dalam memori supaya ruang yang kosong itu boleh digunakan untuk data yang baru.


Pengoptimum Cakera Keras



Diskeeper
Apabila anda memasang (install) sesuatu program baru, fail-fail yang baru dimasukkan itu tadi tidak disusun dengan teratur di mana fail-fail tersebut akan dipecahkan ke serata kawasan cakera. Pembetukan kawasan kecil ini akan menyebabkan penyerpihan (fragmentation) di mana data-data menjadi berselerak dan tidak tersusun. Dengan menggunakan program Diskeeper, data yang telah berserabut tadi boleh disatukan semula (defragmentation) dan menjadikan fail-fail lebih tersusun. Ini mencepatkan lagi kepala baca-tulis untuk pergi ke kawasan data yang diperlukan. Kelebihan program ini jika digunakan setiap 2 kali sebulan ialah cakera keras anda akan berjalan dengan lebih baik sekaligus meningkatkan lagi prestasi komputer anda secara keseluruhannya.










email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0875 second(s).