UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Membuat salinan backup database secara remote

Membuat salinan backup database secara remote

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Terdapat banyak cara untuk membuat backup database dan juga table dan setiap cara boleh dilakukan dengan mudah jika menggunakan peralatan yang betul. Di sini saya akan menunjukkan beberapa kaedah yang biasa saya gunakan untuk menyalin database.

PhpMyAdmin
PhpMyAdmin ialah perisian untuk mengurus pangkalan data MySQL. Terdapat fungsi Export untuk tujuan backup.

Putty dan SSH
Kebanyakan sistem operasi seperti Windows didatangkan dengan program telnet. Putty juga adalah salah satu program telnet yang popular, dan sehingga hari ini saya sering menggunakan Putty untuk backup dan restore database MySQL di pelayan secara remote. Muat turun Putty di sini. Setelah menggunakan cara ini untuk membuat salinan (backup), anda akan tahu betapa saya memilih cara ini kerana ia mudah dan cepat.

Untuk membuat Putty, log masuk ke dalam pelayan dan masuk ke bahagian akar (root) - contohnya /home/username/public_html atau /home/username/htdocs

Memulakan Backup
Untuk menyalin database, taip arahan di dalam konsol:

mysqldump --add-drop-table -u username -p namadatabase > salinan

Arahan Perintah
$ mysqldump -add-drop-table -u webmaster -p db_ilmuit > db_ilmuit.bak


atau anda juga boleh menggunakan arahan alternatif:

mysqldump --opt -u username -p namadatabase > salinan

Arahan Perintah
$ mysqldump --opt -u webmaster -p db_ilmuit > db_ilmuit.bak


Sebaik saja menekan Enter, satu fail bernama db_ilmuit.bak akan wujud di bahagian akar pelayan di mana anda boleh memuat turun fail tersebut dengan menghalakan pelayar web ke alamat:

http://www.pelayan.com/db_ilmuit.bak

PERHATIAN: Sebaik sahaja muat turun selesai, buang fail ini atau alih ke tempat lain kerana sesiapa sahaja boleh mendapatkan fail tersebut jika dibiarkan.

Halaman Berkaitan
Membuat backup MySQL dengan mysqldump







email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  7.0 - 1 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0724 second(s).