UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori IIS dan PHP

IIS dan PHP

Oleh webmaster
Dikirim pada Friday 17 September 2004



Untuk menggunakan PHP bersama-sama pelayan IIS, anda hanya perlu menyalin beberapa fail DLL yang diperlukan. Kemudian anda perlu melakukan sedikit penyelarasan IIS.

Saya akan mengganggap pelayan PHP anda telah dipasang dan berfungsi dengan baik. Jika sistem anda belum memiliki PHP, sila baca artikel Memasang PHP 4.x.x ke dalam Windows / Win32.

Untuk menjalankan IIS bersama-sama PHP, ikut langkah-langkah berikut:

1) Salinkan fail php.ini (dari C:\PHP) dan php4ts.dll (dari C:\php\sapi) ke dalam C:\windows

2) Salinkan juga fail php4isapi.dll (dari C:\php\sapi) ke dalam C:\windows\system32

3) Kemudian buka Internet Information Services melalui Control Panel/Administrative Tools

Pada Internet Information Services, kembangkan (expand) senarai tetingkap kiri dan lihat Default Web Site. Kemudian klik kanan dan pilih Properties (Lihat Rajah 1 di bawah).



Rajah 1: Internet Information Services

Pada tetingkap Default Web Site Properties, pilih tab ISAPI Filters dan klik butang Add. Masukkan maklumat seperti berikut (Lihat rajah 2).

Filter Name: php
Executable: C:\windows\system32\php4isapi.dll



Rajah 2: ISAPI Filters

Setelah selesai, klik OK. Kemudian pilih tab Home Directory dan klik butang Configuration. Pada tetingkap Application Configuration, klik Add dan masukkan maklumat seperti berikut (Lihat rajah 3).

Executable: C:\windows\system32\php4isapi.dll
Extension: .php



Rajah 3

Klik OK dan pilih Apply. But semula komputer.



email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.

Credential Manager dalam Windows 7
Pengenalan dan cara penggunaan Credential Manager dalam Windows 7.

Memapar matawang dengan betul
Memformat wang / matawang menggunakan fungsi NUMBER_FORMAT

Simbol Pembuka Kata dalam Pembolehubah
Menggunakan simbol pembuka kata (Double Quotes) dalam pembolehubah (Variable)

Nyahaktif Hibernasi dalam Windows 7
Menyahaktif (Deactivate) Hibernasi untuk menjimatkan ruang storan dalam Windows 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2200 | Jumlah Artikel: 397
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0917 second(s).