UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Bermain dengan php.ini

Bermain dengan php.ini

Oleh webmaster
Dikirim pada Tuesday 21 September 2004



Selepas anda selesai memasang PHP, anda masih boleh mengubah sifat-sifat dan perangai pelayan PHP itu sendiri dengan menyunting fail php.ini. Jika anda pengguna Unix/Linux, fail ini boleh didapati di dalam direktori /usr/local/lib. Untuk pengguna Windows pula, fail php.ini boleh didapati di dalam direktori Windows.

Terdapat banyak arahan-arahan yang terkandung di dalam php.ini yang menunjukkan perangai dan sifat PHP yang sedang digunakan. Suntingan php.ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, tetapi jika anda menjalankan PHP sebagai modul Apache, anda perlulah restart pelayan Apache terlebih dahulu setiap kali perubahan dilakukan.

Berikut adalah beberapa arahan-arahan penting di dalam php.ini:

Arahan Error Reporting
Untuk membaiki pepijat (bugs) di dalam kod anda, adalah disarankan supaya mesej ralat sentiasa dipaparkan pada pelayar web bagi memudahkan anda mengesan setiap kesilapan yang dilakukan semasa proses meng'koding'. Untuk mengaktifkan Error Reporting, buka arahan display_error:

KOD
display_errors = On


Tips: Anda perlu menutup arahan ini bagi kod yang digunakan untuk paparan umum. Ini untuk mengelakkan serangan keselamatan kerana jika mesej ralat dipaparkan di dalam pelayar, dikhuatiri maklumat tersebut boleh disalah gunakan. Anda juga perlu merakam (log) setiap ralat dengan membuka arahan log_errors:

KOD
log_errors = On


Terdapat beberapa peringkat dan jenis Error Reporting yang boleh dipaparkan, adalah dicadangkan supaya anda menetapkan arahan error_reporting seperti berikut:

KOD
error_reporting = E_ALL


Dengan ini, semua jenis ralat akan dipaparkan. Memudahkan anda untuk melakukan proses nyahralat.

Arahan Variable
PHP membuatkan beberapa variable tertentu untuk digunakan secara global di dalam skrip anda. Contoh pembolehubah global ialah seperti $_GET, $_POST, dan $_COOKIE. Namun begitu anda masih boleh mengawal keterbukaan variable ini dengan menggunakan arahan register_globals. Arahan ini digunakan untuk mengenalpasti sama ada nilai sesuatu pembolehubah (variable) perlu dijadikan sebagai global atau tidak. Untuk membuka arahan ini, tetapkan arahan register_globals seperti berikut:

KOD
register_globals = On


Mengawal PHP.ini
Dengan Apache sebagai pelayan, selain menyunting fail php.ini untuk membuat konfigurasi pelayan PHP, anda juga boleh menggunakan fail .htaccess untuk membuka dan menutup arahan-arahan di dalam php.ini dengan menggunakan arahan php_flag. Contoh konfigurasi php.ini menggunakan .htaccess:

KOD
php_flag display_errors On
php_flag register_globals On


Selain dari .htaccess, anda juga boleh mengawal fail php.ini melalui skrip php menggunakan fungsi ini_set(). Contoh konfigurasi php.ini melalui skrip:

KOD
ini_set("session.use_cookies","On");








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0757 second(s).