UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menghasilkan pelayan MySQL yang baik

Menghasilkan pelayan MySQL yang baik

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 27 November 2004



'Server Tuning' adalah satu topik yang luas untuk dibincangkan. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi menghasilkan pelayan MySQL yang berkualiti tinggi.

Kompil dan sambung sendiri
Semasa anda memuat turun program MySQL, dapatkan MySQL edaran source dan kompil secara manual. Ini kerana apabila anda menggunakan pemproses jenis Pentium dan sistem operasi Linux, anda akan dapati pelayan MySQL berjalan dengan lebih laju apabila dikompil menggunakan pengompil pgcc, di mana pgcc telah dioptimum untuk pemproses jenis Pentium. MySQL AB mendakwa dengan cara ini pelayan anda akan memperoleh kelajuan dari 10% hingga 30%.

Antara kelebihan-kelebihan lain jika mengompil sendiri, anda boleh memilih set-set karakter yang diperlukan sahaja, kerana binari MySQL yang sedia untuk dimuat turun didatangkan dengan semua jenis set karakter.

Ubah parameter MySQL
Untuk mendapatkan prestasi MySQL yang optimum, anda boleh menyunting fail my.cnf dengan mengubah parameter yang terkandung di dalamnya, terutama sekali parameter yang bersangkutan dengan penggunaan memori. Untuk sistem Windows, fail ini boleh didapati di direktori C:\\my.cnf manakala /etc/my.cnf bagi sistem Unix.

Cara untuk memeriksa nilai semasa parameter pelayan, gunakan arahan berikut pada MySQL Monitor:

show variables;

Arahan Perintah
mysql> show variables;


Dua parameter terpenting yang ingin saya sentuh ialah key_buffer_size dan table_cache.

key_buffer_size
Key buffer ialah storan sementara di mana indeks MyISAM disimpan di dalam memori untuk mencepatkan proses query. Semakin besar nilai key_buffer, semakin besar pelayan anda dapat menampung indeks data.

Sebelum mengubah nilai pada key_buffer_size, anda perlu meneliti beberapa perkara berikut:

1. Jumlah keseluruhan memori yang terdapat pada sistem anda, sama ada pelayan MySQL anda jenis dedicated atau tidak dan

2. Sebesar mana data indeks anda (fail .MYI). Adalah dicadangkan untuk anda menggunakan nilai di antara 20% dan 50% dari jumlah keseluruhan memori pada sistem (khusus bagi pelayan dedicated).

table_cache
Table cache ialah jumlah table yang dapat dibuka pada satu-satu masa. Jika anda mempunyai banyak table di dalam pelayan, adalah dicadangkan supaya anda meningkatkan nilai table_cache. Semakin tinggi nilai table_cache, semakin banyak table dapat disimpan dan semakin tinggi prestasi pelayan anda.

Berikut adalah fungsi 4 parameter yang terpenting:

key_buffer_size: Jumlah memori yang digunakan untuk menyimpan indeks MyISAM.

table_cache: Jumlah table yang dapat dibuka dalam satu-satu masa.

read_buffer_size: Jumlah memori digunakan untuk menyimpan data dari full table scans.

sort_buffer: Jumlah memori digunakan untuk menyimpan data table yang akan diasingkan (sorted) mengikut ORDER BY.

Anda boleh membuat kayu-ukur (benchmarking) dengan mengubah nilai parameter-parameter di atas dan melihat sendiri kesannya. Gunakan arahan show status;.

Arahan Perintah
mysql> show status;


Faktor-faktor lain
1. Jenis sistem operasi yang digunakan juga memberi kesan terhadap prestasi pelayan anda, MySQL mencadangkan sistem operasi Solaris sebagai sistem multipemproses pilihan.

2. Jika anda mempunyai akses disk yang banyak, anda boleh meningkatkan mutu pelayan anda dengan meletakkan database yang berlainan pada disk yang berlainan. Anda juga boleh menggunakan RAID--RAID-- 0 untuk membaiki persembahan baca dan tulis, dan RAID-- 1 atau 5 pula akan meningkatkan mutu bacaan. Adalah lebih baik jika anda menggunakan cakera jenis SCSI berbanding cakera jenis IDE.

3. Anda juga boleh memikirkan untuk menggunakan sistem fail Reiserfs atau XFS.

4. Gunakan infrastruktur network yang berkelajuan tinggi di antara client dan server dan di antara master dan slave bagi tujuan replication.

Halaman Berkaitan
Mengoptimumkan MySQL








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Menghasilkan pelayan MySQL yang baik azrailyaz | 02 Jan : 00:34
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 02 Jan : 00:29

Reply
maaf,bisakah dijelaskan pengertian dan cara mengaktifkan replication pada mysql. apa-apa saja yang musti diset. terimakasih.



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1087 second(s).