UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Instalasi - Memasang MySQL 4.0.18 ke dalam Windows / Win32

Instalasi - Memasang MySQL 4.0.18 ke dalam Windows / Win32

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Di sini saya akan menunjukkan tentang cara bagaimana untuk membuat pemasangan MySQL ke dalam pelayan Apache bagi platform Windows (XP). Saya akan mengganggap komputer anda telah dipasang dengan pelayan web Apache dan berfungsi dengan baik.

Muat turun MySQL di sini.

Terdapat 2 edaran MySQL iaitu Source Distribution dan Binary Distribution.

Source atau Binary?
Secara keseluruhannya, untuk pemasangan ini saya cadangkan anda menggunakan edaran binary (jika terdapat untuk platform anda). Dalam kebanyakan kes, edaran binary adalah lebih mudah dipasang berbanding edaran source dan juga dipercayai cara yang cepat untuk memastikan MySQL anda bekerja. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes di mana anda perlu menggunakan edaran source, contohnya:

1) Edaran binary tidak terdapat untuk platform anda
2) Anda ingin membuat konfigurasi sendiri di mana tidak terdapatnya dalam edaran binary
3) Anda ingin kompil (compile) untuk menyokong beberapa set karakter
4) Anda ingin menggunakan pengompil yang berlainan jenis
5) Anda ingin membuat bug fix patch sendiri

Baiklah, mari kita mulakan.

Jalankan wizard dan ikut arahan yang diberikan. Apabila ditanyakan lokasi untuk diletakkan program MySQL, saya cadangkan anda membiarkannya secara 'default' iaitu C:\mysql. Anda boleh juga meletakkan MySQL ke dalam folder lain seperti Program Files dan sebagainya (terpulang kepada anda).



Setelah program selesai dimuat turun ke dalam cakera keras anda, sekarang jalankan program winmysqladmin.exe yang terletak di dalam folder:

C:\mysql\bin\

Untuk pertama kalinya, anda akan diarahkan untuk masukkan user name dan password untuk admin.

Setelah selesai, anda perlu pastikan sama ada MySQL berjalan dengan baik atau sebaliknya. Anda boleh periksa sistem anda dengan melihat taskbar bawah disebelah kanan. Terdapat satu ikon seperti lampu isyarat yang akan menunjukkan 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau. Jika isyarat hijau menyala, ini menunjukkan MySQL Server sedang berjalan.



Klik dua kali pada ikon tersebut, dan satu tetingkap akan keluar pada skrin anda. Program ini dipanggil WinMySQLAdmin dan berfungsi sebagai penyata maklumat tentang sistem anda dan juga MySQL. Anda boleh periksa struktur database di sini dan juga pembolehubah (variable) yang sedang digunakan. Juga ditunjukkan maklumat my.ini yang mana di dalamnya terkandung kata laluan pentadbir.



Apabila MySQL dipasang buat pertama kali, MySQL akan mengakses database menggunakan akaun root tanpa kata laluan yang sah (null). Adalah dinasihatkan supaya anda Menukar Kata Laluan MySQL anda dengan segera.

Halaman Berkaitan
Memasang MySQL 4.0.18 ke dalam Linux








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  8.6 - 3 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2658 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0812 second(s).