UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menghalang Pengguna Mencipta Akaun

Menghalang Pengguna Mencipta Akaun

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 02 December 2004



Walaupun kumpulan Users tidak mempunyai capaian keseluruhan ke atas sistem, namun mereka masih boleh menggunakan Computer Management untuk mencipta atau membuka akaun tempatan (local account) yang baru. Keadaan ini amat membimbangkan bagi kebanyakan pentadbir yang sentiasa menitik beratkan akan keselamatan sistem. Dan bukanlah satu idea yang baik jika seseorang itu mampu untuk membuka akaun lain walaupun untuk kegunaan sendiri.

Untuk mengatasi masalah ini, log masuk ke dalam komputer tersebut menggunakan akaun Administrator anda dan buka Computer Management (compmgmt.msc). Pergi ke System Tools -> Local Users and Groups -> Groups. Di sebelah panel kanan, klik dua kali pada kumpulan Users. User Properties akan dipaparkan. Di dalam senarai Members, anda akan dapat melihat NT AUTHORITY\INTERACTIVE sebagai member untuk kumpulan ini. Pilih member ini dan klik Remove untuk membuangnya.



Selain cara di atas, anda juga boleh menggunakan arahan runas. Contohnya, jika pengguna (user) tersebut sedang menggunakan komputer menggunakan akaun persendiriannya, anda boleh meminta laluan daripadanya untuk menggunakan arahan MS-DOS. Taipkan seperti berikut:

runas /user:AkaunAdmin@DomainSaya cmd

Kemudian taipkan kata laluan anda apabila diminta. Ini akan menyebabkan satu tetingkap MS-DOS baru dibuka, di mana anda sebagai pentadbir (administrator) layak untuk mengawal komputer tersebut sepenuhnya. Sekarang anda boleh membuang identiti INTERACTIVE dengan menaipkan arahan berikut:

net localgroup users "NT AUTHORITY\INTERACTIVE" /DELETE






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0626 second(s).