UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Mengoptimumkan MySQL

Mengoptimumkan MySQL

Oleh webmaster
Dikirim pada Monday 21 February 2005



Apabila anda menggunakan pangkalan data MySQL, proses penggantian data (INSERT & DELETE) akan menyebabkan terbentuknya ruang-ruang kosong yang berpecah dan bertaburan. Ini akan mengakibatkan prestasi pangkalan data anda menurun dan data-data yang berselerakan itu tadi boleh melambatkan proses carian data apabila diperlukan.

Anda boleh mengembalikan semula prestasi pangkalan data menggunakan arahan OPTIMIZE TABLE.

Arahan ini sama dengan proses penyahserpihan (defragmenting) cakera keras di mana data-data di dalam jadual akan disusun semula untuk meningkatkan prestasi keseluruhan pangkalan data.

Menggunakan arahan OPTIMIZE TABLE secara berkala juga adalah perlu jika terdapatnya aktiviti pembuangan data secara besar-besaran dari jadual. Dengan cara ini jadual-jadual dapat disusun semula, pengasingan semula (sort) indeks, dan pengemaskinian statistik jadual dapat dibuat.

Semasa artikel ini ditulis, hanya jadual jenis MyISAM dan BDB sahaja yang menyokong arahan OPTIMIZE TABLE.

optimize table NamaJadual;

Arahan Perintah
mysql> optimize table table_artikel;


Jika anda mempunyai lebih dari satu jadual, masukkan setiap jadual diikuti dengan tanda koma:

optimize table Jadual1, Jadual2, Jadual3, Jadual4;

Arahan Perintah
mysql> optimize table table_artikel, table_ulasan, table_ahli;


Selain MySQL Monitor, anda juga boleh menggunakan mysqlcheck.exe yang terletak di dalam folder yang sama.

mysqlcheck -o --optimize pangkalan_data

Arahan Perintah
C:\>mysqlcheck -o --optimize web_ilmuit


Halaman Berkaitan
Menghasilkan pelayan MySQL yang baik
Mengoptimumkan database MySQL melalui AT
Mengoptimumkan database MySQL melalui cronjob








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0663 second(s).