UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Mencipta table MySQL

Mencipta table MySQL

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Secara asasnya menggunakan program mysql.exe, anda boleh mencipta table dengan mudah. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan:

1) Mod terminal
2) Mod batch

Mod terminal ialah keadaan di mana anda menggunakan program mysql.exe dengan membuat sambungan ke pelayan MySQL, menjalankan queries dan melihat keputusan.

Dalam mod batch pula, anda meletakkan queries ke dalam fail (*.sql) dan mengarahkan MySQL untuk melaksanakan kandungan fail tersebut. Saya akan menunjukkan cara untuk mencipta table dengan menggunakan kaedah batch.

Baiklah, table baru itu saya akan namakan sebagai Perkakasan, dan sebelum table ini dicipta saya perlukan satu database yang diberi nama Kedai.

Nama Database: Kedai
Nama Table baru: Perkakasan

Anda hanya perlu bayangkan yang saya ingin membuat table seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah ini.



Saya akan menunjukkan bagaimana untuk memprogramkannya dalam bentuk batch. Dengan menggunakan program notepad masukkan dengan DDL berikut ke dalamnya.

KOD

CREATE TABLE perkakasan (
aset int(11) NOT NULL auto_increment,
jenis int(11) NOT NULL,
nombor_siri varchar(255) NOT NULL default '',
IdPengguna int(11) NOT NULL default '0',
sparePart enum('2','1','0') NOT NULL default '0',
statusPerkakasan enum('n','i','w') NOT NULL default 'w',
alamatIP varchar(15) default NULL,
IdAkaun int(11) NOT NULL default '1',
PRIMARY KEY (aset)
) TYPE=MyISAM;



Simpan fail ini dengan nama "table_perkakasan.sql" (atau nama lain yang anda suka) ke dalam "C:\mySQL\bin" di mana letaknya program MySQL Monitor mysql.exe.



Sekarang jalankan program mysql.exe. Sebelum anda mencipta apa-apa table, anda perlu memilih database kedai terlebih dahulu dengan menggunakan arahan:

use kedai

Arahan Perintah
C:\mysql\bin>mysql
Welcome to the MySQL monitor. Commands end with ; or \g.
Your MySQL connection id is 488 to server version: 4.0.18-nt

Type 'help;' or '\h' for help. Type '\c' to clear the buffer.

mysql> use kedai
Connection id: 489
Current database: kedai

mysql>


Jika anda menerima ralat, ini bermakna anda telah membuat sambungan ke database yang tidak wujud. Ciptakan database kedai terlebih dahulu.

Bagi memulakan proses batch, apa yang perlu anda lakukan ialah mengarahkan MySQL dengan arahan:

source table_perkakasan.sql

Arahan Perintah
C:\mysql\bin>mysql
Welcome to the MySQL monitor. Commands end with ; or \g.
Your MySQL connection id is 488 to server version: 4.0.18-nt

Type 'help;' or '\h' for help. Type '\c' to clear the buffer.

mysql> connect kedai
Connection id: 489
Current database: kedai

mysql> source table_perkakasan.sql
Query OK, 0 rows affected (0.09 sec)

mysql>


Table perkakasan telah dicipta. Proses ini bergantung kepada banyak mana data yang hendak dimasukkan. Untuk proses batch ini saya hanya mengambil masa 0.09 saat sahaja.

Untuk melihat semula struktur table anda, gunakan arahan:

desc perkakasan;

Arahan Perintah
mysql> desc perkakasan;


Terpapar adalah struktur table yang telah diciptakan:

 +------------------+-------------------+------+-----+---------+----------------+ 
 | Field            | Type              | Null | Key | Default | Extra          | 
 +------------------+-------------------+------+-----+---------+----------------+ 
 | aset             | int(11)           |      | PRI | NULL    | auto_increment | 
 | jenis            | int(11)           |      |     | 0       |                | 
 | nombor_siri      | varchar(255)      |      |     |         |                | 
 | IdPengguna       | int(11)           |      |     | 0       |                | 
 | sparePart        | enum('2','1','0') |      |     | 0       |                | 
 | statusPerkakasan | enum('n','i','w') |      |     | w       |                | 
 | alamatIP         | varchar(15)       | YES  |     | NULL    |                | 
 | IdAkaun          | int(11)           |      |     | 1       |                | 
 +------------------+-------------------+------+-----+---------+----------------+ 
 


Halaman Berkaitan
Mencipta database baru MySQL
Mencipta table MySQL dengan PHP







email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  7.0 - 1 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2658 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1429 second(s).