UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Program rangkaian mudah dengan Winsock

Program rangkaian mudah dengan Winsock

Oleh vbmania
Dikirim pada Tuesday 22 February 2005



Winsock ialah alat komunikasi yang membolehkan anda berkomunikasi dengan komputer lain melalui network/internet. Dengan menggunakan protokol TCP/IP atau protokol UDP, anda boleh menghantar data dari satu komputer ke komputer yang lain.



Artikel kali ini saya akan menunjukkan contoh penggunaan Winsock di dalam Visual Basic. Lancarkan program Visual Basic anda dan masukkan komponen Microsoft Winsock Control melalui menu Project -> Components:



Tambah control Winsock ke dalam Form anda. Kemudian, buatkan 2 butang arahan (command buttons). Labelkan satu butang dengan nama 'Sambung' dan satu lagi butang dengan nama 'Hos'.



Untuk butang 'Sambung', masukkan kod berikut.

KOD
Host = inputbox("Masukkan nama hos atau alamat IP:")
Port = inputbox("Masukkan port yang ingin disambungkan:")
Winsock1.connect host, port


Kod di atas membolehkan anda menetapkan alamat IP komputer hos, dan juga port yang akan digunakan untuk sambungan. Sekarang, tambahkan kod berikut pula pada butang 'Hos'.

KOD
Port = inputbox("Port berapa anda ingin gunakan?")
Winsock1.localport = Port
Winsock1.Listen


Jika anda menekan butang 'Hos', anda akan mengaktifkan pelayan dan menunggu seseorang untuk menyambungnya.

Sekarang, klik dua kali pada control Winsock dan pergi ke sub 'winsock1_ConnectionRequest', masukkan kod berikut:

KOD
If Winsock1.State <> sckClosed Then Winsock1.Close 'Memastikan Winsock belum digunakan
Winsock1.Accept requestID


Kod tersebut membenarkan sambungan dari klien. Sekarang, masukkan butang ketiga ke dalam form anda dan labelkan ia dengan nama 'Hantar'.



Kemudian masukkan kod berikut di bawah butang 'Hantar':

KOD
Text = inputbox("Hantar teks apa?")
winsock1.senddata text


Apabila anda klik pada butang 'Hantar', ia akan menghantar data ke komputer lain, tidak kira sama ada anda menjadi hos atau sebagai klien. Untuk menerima data tersebut pada kedua-dua belah pihak, klik dua kali pada control Winsock, kemudian pilih sub 'Winsock1_DataArrival'. Masukkan kod berikut:

KOD
Winsock1.GetData Data, vbString, bytesTotal
MsgBox Data


Ini akan memaparkan data yang dihantar kepada anda.

Untuk mencuba program ini, kompilkan dan buka 2 contoh (instance). Untuk instance yang pertama, klik pada butang 'Hos' dan masukkan port 100 (atau apa-apa port yang anda suka dari 1 hingga 1000 atau lebih tinggi, dengan syarat port tersebut belum digunakan).

Kemudian untuk instance yang kedua, klik pada butang 'Sambung', kemudian taipkan 'localhost' untuk pelayan dan port yang telah disetkan sebelum ini. Ini akan mengakibatkan satu gelungan (loop), di mana anda membuat sambungan ke atas diri sendiri. Pada salah satu instance, klik butang 'Hantar' dan masukkan mesej yang anda mahu, contohnya 'Hai, apa khabar'.

Saya rasa konsep Winsock sangat mudah. Dengan Winsock, anda boleh membuat pelbagai program rangkaian lain seperti pelayan web, pelayan IRC, LAN Chat dan sebagainya.






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Program rangkaian mudah dengan Winsock miji79 | 06 Jun : 22:57

Jumlah Komen: 6

Penyertaan: 18 Apr : 21:44

Reply
Toturial yang menarik.....
kalau boleh tambah lagi toturial pasal visual basic niii...
sya plajar IT dan tgh blajar gak subjek VB ni....
Saya ada satu soalan...
Boleh tak kita buat satu sistem mcm kat atas tu untuk sambung ker Internet.
Macam kita buat dial up internet kat rumah tu????

sekian, terima kasih.



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1059 second(s).