UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Perbezaan antara ByVal dan ByRef

Perbezaan antara ByVal dan ByRef

Oleh vbmania
Dikirim pada Tuesday 22 February 2005



Apabila sesuatu pembolehubah dihantar ke procedure, ia mungkin akan menghantar salah satu dari dua cara: By Reference atau By Value.

Pembolehubah adalah satu blok memori yang mengandungi nilai, dan juga nama yang boleh dirujuk. Menghantar nilai pembolehubah bermakna nombor atau string yang disimpan di dalam memori akan dihantar ke procedure, tetapi pembolehubah asal yang membuat panggilan tidak akan berubah. Visual Basic sebenarnya telah mencipta satu misalan baru bagi pembolehubah tersebut untuk menerima procedure.

By Reference
Menghantar pembolehubah By Reference, ialah membenarkan procedure yang menerima pembolehubah untuk menukar nilai pembolehubah pada fungsi yang memanggil. Visual Basic akan menghantar alamat di dalam memori pembolehubah ke procedure, sebarang pertukaran nilai akan juga memberi kesan pada function yang memanggilnya.

Contohnya:

KOD
Private Sub TakBerubah(ByVal Nilai As Variant)

Debug.Print Nilai; ' Menerima nilai sebagai 5

Nilai = Nilai + 1

End Sub


Private Sub Berubah(ByRef Nilai As Variant)

Debug.Print Nilai; ' Menerima nilai sebagai 5

Nilai = Nilai + 1

End Sub


Sub Main()

Dim x As Integer

x = 5

TakBerubah x

Debug.Print x; ' Pembolehubah x masih lagi dengan nilai = 5

Berubah x

Debug.Print x; ' Pembolehubah telah berubah menjadi = 6

End Sub


Biasanya, Visual Basic akan menghantar semua pembolehubah melalui Reference, bukan By Value. Bagaimanapun, adalah tidak dicadangkan membenarkan functions untuk menukar setiap nilai yang diterima, kerana jika ia menukar parameter yang ia tidak kenali pemanggilnya, boleh menyebabkan keputusan yang salah.






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0890 second(s).