Tutorial Kategori Mengatasi masalah CMOS checksum error

Mengatasi masalah CMOS checksum error

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 06 March 2005



Semasa proses POST, BIOS mampu untuk mengesan ralat pada sistem, biasanya apabila berlakunya ralat, sistem akan mengeluarkan bunyi beep tertentu dan disertai dengan mesej:

PRESS F1 TO CONTINUE atau CTRL + ALT + ESC atau DEL TO ENTER SETUP

Artikel ini hanya akan menerangkan kod ralat bagi sistem yang menggunakan BIOS jenis Award sahaja. Sila pastikan terlebih dahulu jenis BIOS yang anda gunakan kerana setiap BIOS mempunyai kod ralat yang berbeza.

Kod ralat BIOS Award
Semasa artikel ini ditulis, terdapat hanya satu sahaja jenis bunyi kod beep dan lebih 40 jenis mesej ralat bagi BIOS Award. Satu bunyi beep yang panjang diikuti dengan dua bunyi beep yang pendek menandakan terdapatnya ralat pada video di mana BIOS tidak dapat untuk menerima isyarat video.

Mesej ralat pula ialah mesej yang dipaparkan pada skrin komputer yang menunjukkan kesilapan pada sistem papan induk. Antara mesej ralat yang paling kerap dihadapi oleh pengguna ialah jenis hasil tambah semak (CMOS checksum error). Masalah CMOS checksum error biasanya adalah disebabkan kegagalan CMOS untuk mendapatkan keputusan tepat bagi hasil tambah-semak di dalam BIOS.

Berikut adalah 4 jenis kod ralat CMOS checksum error bagi BIOS Award dan keterangan mengenainya:

Mesej Ralat BIOS Award

Keterangan

BIOS ROM checksum error - System halted

Hasil tambah semak pada kod BIOS di dalam cip BIOS tidak tepat, ini menandakan kod BIOS anda telah korup. Untuk mengatasi masalah ini, gantikan BIOS tersebut dengan BIOS yang lain.

CMOS battery failed

Bateri CMOS tidak berfungsi. Gantikan dengan bateri baru.

CMOS checksum error - Defaults loaded

Hasil tambah semak CMOS tidak tepat menyebabkan sistem terpaksa memuatkan konfigurasi asal. Hasil tambah semak mungkin menandakan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan yang lain jika perlu.

CMOS CHECKSUM ERROR DISK BOOT FAILURE, INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER

Hasil tambah semak CMOS tidak tepat dan tanda menunjukkan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan bateri yang lain jika perlu.


Jika diteliti keterangan mesej ralat pada jadual tersebut, masalah checksum error biasanya adalah disebabkan oleh kelemahan pada bateri CMOS. Untuk mengatasinya, anda boleh gantikan bateri tersebut dengan bateri yang baru. Bateri ini boleh didapati di mana-mana kedai aksesori komputer pada harga sekitar RM5.00 sahaja.







email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Jumlah nilai:  6.0 - 2 juri
Komen
Mengatasi masalah CMOS checksum error fariza | 24 May : 08:18

Jumlah Komen: 8

Penyertaan: 22 May : 08:57

Reply
selain del, f2...apa lagi cara nak masuk BIOS...
napa komp.ble kite format masih de virus lagi..

Komen
Mengatasi masalah CMOS checksum error weldan | 24 May : 08:46
Jumlah Komen: 4

Penyertaan: 18 Jan : 14:00

Reply
selain del dan f2 . saya taktau. tapi selalunya dalam kes virus masih ada lepas format dan reinstall windows, mungkin virus tu datangnya daripada file2 yang anda backup sebelum format, mungkin juga datangnya dari thumbdrive,disket,slave hardisk.. berbagai-bagai kemungkinan. haha.

Re: Mengatasi masalah CMOS checksum error mishar | 13 Dec : 02:12
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 11 Dec : 07:07

Reply
ajar skill lain ade ke?

Komen
Mengatasi masalah CMOS checksum error fariza | 25 May : 04:08

Jumlah Komen: 8

Penyertaan: 22 May : 08:57

Reply
yeke...mmmm,klu pc kite on tapi monitor die kelip2?camner plak...

Komen
Mengatasi masalah CMOS checksum error weldan | 10 Jun : 13:39
Jumlah Komen: 4

Penyertaan: 18 Jan : 14:00

Reply
mungkin ada plug or wire yang renggang? mungkin sudah sampai masanya untuk beli monitor baru? hehe


Komen
Mengatasi masalah CMOS checksum error mishar | 11 Dec : 07:20
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 11 Dec : 07:07

Reply
Salam,nak tau bro saya dah buat smua cara kt atas tu tapi still x bley.dan hasil dari pemahaman saya checksum error bukan disebabkan dari batery semata2 tapi masalah mainboard yg rosak,dan caranye ialah dengan menggantikan dengan mainboard yang baru.tapi boleh ke saya tahu kalau2 ade solution lain untuk membaikinya selain dari menggantikan mainboard trsebut dengan yang baru.


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.

Render time: 0.2914 second(s). DB queries: 113.