UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menaik taraf dari Windows 98/ME ke Windows XP

Menaik taraf dari Windows 98/ME ke Windows XP

Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 09 March 2005



Salah satu dilema bagi pengguna-pengguna Windows 98/ME ialah proses naik taraf sistem operasi Windows 9x ke Windows XP Professional. Secara umumnya, senibina Windows 98/ME dan Windows XP adalah berbeza terutama sekali pada Struktur Registry dan sistem akaun pengguna. Namun demikian Microsoft telah cuba sedaya upaya untuk memastikan proses migrasi antara kedua-dua sistem operasi ini dapat dijalankan dengan sempurna.

Walaupun Windows 98 dan Windows ME menyokong naik taraf ke Windows XP, namun terdapat beberapa komponen dan rekabentuk Windows 98/ME yang tidak akan berubah. Artikel ini akan menerangkan beberapa panduan yang perlu diambil kira sebelum anda menaik taraf Windows 98/ME ke Windows XP Professional.

Secara peribadi saya tidak mencadangkan anda untuk membuat naik taraf dari sistem operasi Windows 98/ME ke Windows XP. Ini kerana Struktur Registry yang terdapat pada Windows XP adalah berbeza dengan apa yang terdapat pada Windows 98/ME. Tambahan pula, beberapa aplikasi yang telah direka untuk Windows 98 mungkin tidak akan dapat berjalan di atas platform Windows XP, begitu juga dengan beberapa perkakasan yang hanya direka untuk Windows 98/ME sahaja tetapi tidak untuk Windows XP.

Adalah dicadangkan supaya anda membuat pemasangan Windows XP menggunakan kaedah Clean Install. Maklumat lanjut tentang ini, anda boleh membaca artikel Langkah-langkah pemasangan Windows XP Professional. Jika anda masih juga ingin menaik taraf ke Windows XP, sila pertimbangkan panduan-panduan berikut:

Sistem Fail
Windows 9x menggunakan sistem fail jenis FAT. Apabila anda naik taraf dari Windows 98/ME ke Windows XP, sistem fail anda tidak akan digantikan menjadi NTFS.

Akaun Pengguna
Jika anda mempunyai profil di dalam Windows 9x, berkemungkinan profil anda tidak akan dipindahkan ke Windows XP, namun menurut Microsoft program setup akan cuba juga berusaha untuk memindahkan akaun dan profil pengguna.

Akaun Domain
Windows 98/ME tidak memerlukan akaun dalam domain, tetapi Windows Professional memerlukan akaun domain.

Direktori Instalasi
Perlu diingatkan semasa proses naik taraf anda tidak dibenarkan untuk mengubah direktori Windows ke tempat yang lain.

Walaupun begitu anda tidak perlu risau dengan fail-fail yang disimpan di dalam Windows 98/ME kerana ia akan ditinggal di tempat yang sama apabila proses pemasangan Windows XP siap. Ini bermakna fail-fail penting anda masih lagi boleh digunakan walaupun anda telah berpindah ke Windows XP Professional.

Halaman Berkaitan
Langkah-langkah memasang Windows XP Professional






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Menaik taraf dari Windows 98/ME ke Windows XP IMAN | 02 Oct : 02:32
Jumlah Komen: 1

Penyertaan: 29 Sep : 11:15

Reply
KALAU BOLEH KAN...NAK MINTA APA2 CARA PEMASANGAN HARDWARE PC DI SERTAKAN SEKALI IMEJ NYE.......BUKAN APA BAGI YANG TAK BERAPA TAHU PASAL PC BOLEH GAMBARKAN ATAU RUJUK KEPADA IMEJ TU BILA NAK WAT KEJE.....BOLEH TAK MACAMTU??


Komen
Menaik taraf dari Windows 98/ME ke Windows XP webmaster | 02 Oct : 03:29

Jumlah Komen: 38


Reply
Iman,

Kalau nak belajar cara pasang hardware, boleh masuk web ni:

http://www.inspirelab.com/v2/

Kat situ boleh belajar cara-cara nak pasang hardware beserta gambarnya sekali.

good luck..



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1304 second(s).