UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Pengenalan Pascal

Pengenalan Pascal

Oleh Nor Arisham Bakar
Dikirim pada Thursday 10 March 2005



Sejarah Pascal
Pascal dicipta pada awal 70-an oleh sekumpulan pengaturcara yang diketuai oleh Niklaus Wirth (Eidgenossishe Technishe Hochshule, Zurich Switzerland) untuk menghasilkan suatu bahasa pengaturcaraan baru yang berstruktur dan mudah difahami serta dikendalikan. Hasilnya ialah Pascal, sempena mengambil nama ahli falsafah dan matematik Perancis, Blaise Pascal (19 Jun,1623- 19 Ogos,1662). Bahasa Pascal amat mudah serta menjadikan penggunanya menulis dalam format pengaturcaraan yang baik. Ia juga menggunakan pengkompilasi yang akan memeriksa aturcara anda sebelum ia diterjemahkan kedalam bahasa mesin. Kerana itulah ia sering digunakan sebagai bahan mengajar asas pengaturcaraan kepada pengaturcara atau pelajar yang ingin mengenali pengaturcaraan. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan menggunakan bahasa Inggeris, dengan itu ia dikenali dengan Bahasa Peringkat Tinggi.

Pascal akan mengkompil aturcara, menyemak aturcara dan menukarkannya kepada kod mesin dan di dalam fail yang boleh di?execute? (fail *.EXE) tanpa memerlukan Bahasa Pascal lagi. Dengan itu ia akan menjadi lebih cepat di?access? oleh komputer, pengguna tidak perlu memahami bahasa Pascal, mudah di jual atau disebarkan tanpa perlu hakcipta dari Borland (Inprise) International dan yang paling penting aturcara sumber (source codes) anda tidak perlu disertakan, ini akan menjamin keselamatan aturcara anda dari diubah atau disalin oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.

Versi Pascal/Turbo Pascal
Pascal dibahagikan kepada beberapa kategori;
i) Pascal Standard - Pascal yang dicipta oleh Niklaus Wirth
ii) Turbo Pascal - Ia juga dikenali sebagai Borland Pascal. Bahasa Pengaturcaraan Pascal baru yang dicipta oleh Borland International (kemudiannya menukar nama kepada Inprise Corporation)
iii) Lain-Lain Pascal - Terdapat banyak bahasa pengaturcaan Pascal yang boleh didapati secara percuma (?download? dari Internet) dan secara komersial.
Antaranya, Free Pascal, dev Pascal dan Mystic Pascal.

Secara amnya, Bahasa pengaturcaraan Pascal adalah sama hanya terdapat beberapa perbezaan dan segi program pintas (sesetengah Pascal anda terpaksa menulis sendiri program untuk mengenali skrin dan jenis vga kad anda) atau cara kompilasi (sama ada menggunakan menu atau arahan dos).






email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  8.0 - 1 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0785 second(s).