Tutorial Kategori Membuat Virtual Host

Membuat Virtual Host

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Membuat Virtual Host sungguh mudah. Tetapi untuk memahami cara-cara membuat Virtual Host melalui dokumentasi yang didatangkan oleh Apache agak sukar. Artikel ini akan menjelaskan cara-cara untuk membuat Virtual Host di dalam Windows menggunakan pelayan Apache.

Mari lihat masalah yang saya hadapi;

Saya mempunyai beberapa web yang di simpan di dalam komputer. Strukturnya sama seperti yang terdapat di dalam pelayan web sebenar saya. Untuk membantu anda apa yang saya maksudkan, cuba lihat dua lokasi tapak web saya.

Bagi web ilmuit.com saya menyimpan semua fail di dalam C:\home\ilmuit\public_html\*.*

Bagi web blog.ilmuit.com saya menyimpan semua fail di dalam C:\home\blog\public_html\*.*

Jadi bagaimana untuk saya menggunakan domain maya di mana apabila saya menaip http://www.ilmuit.com saya akan mengakses fail-fail yang terdapat di dalam C:\home\ilmuit\public_html\*.*

Manakal apabila saya menaip http://blog.ilmuit.com pula saya akan mengakses fail-fail yang terdapat di dalam C:\home\blog\public_html\*.*

Konfigurasi Windows
Bagi pengguna Windows 9x, cari fail HOSTS.SAM yang terletak di C:\WINDOWS, manakala bagi pengguna Windows NT/XP/2000 pula, cari fail HOSTS yang terletak di C:\WINDOWS\System32\drivers\etc\

Sunting fail tersebut menggunakan penyunting teks kegemaran anda dan masukkan baris berikut:

KOD
127.0.0.1 www.ilmuit.com blog.ilmuit.com

127.0.0.1 ialah alamat loopback dan diikuti dengan dua hos iaitu www.ilmuit.com dan blog.ilmuit.com. Tambahkan di hujungnya jika anda mempunyai web-web lain.

Konfigurasi Apache
Buka fail httpd.conf, kemudian cari arahan NameVirtualHost (biasanya terletak di bahagian bawah fail) dan gantikan dengan nilai *:80. Contoh:

KOD
NameVirtualHost *:80

Kemudian masukkan 2 hos virtual berikut:

KOD
<VirtualHost *:80>
ServerName www.ilmuit.com
ServerAdmin admin @ilmuit.com
documentRoot "C:\home\IlmuIT\public_html"
ErrorLog logs/www.ilmuit.com-error_log
CustomLog logs/www.ilmuit.com-access_log common
CustomLog logs/www.ilmuit.com-agent.log agent
</VirtualHost>


KOD
<VirtualHost *:80>
ServerName blog.ilmuit.com
ServerAdmin admin @blog.ilmuit.com
documentRoot "C:\home\blog\public_html"
ErrorLog logs/blog.ilmuit.com-error_log
CustomLog logs/blog.ilmuit.com-access_log common
CustomLog logs/blog.ilmuit.com-access_log agent
</VirtualHost>


Simpan dan mulakan semula Apache. Sekarang halakan pelayar web anda ke alamat berikut:

http://www.ilmuit.com
http://blog.ilmuit.com

Anda akan dibawa ke website maya di dalam PC Windows anda!









email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Jumlah nilai:  5.5 - 2 juri

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.


Render time: 4.6008 second(s). DB queries: 95.