UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menghantar emel

Menghantar emel

Oleh r00t
Dikirim pada Tuesday 12 April 2005



Apabila anda log masuk ke dalam sistem UNIX, anda mungkin biasa menerima notis yang memberitahu "You have mail." Ini bererti seseorang telah menghantar kepada anda mesej atau dokumen melalui mel elektronik (emel). Dengan emel, anda juga boleh menulis mesej pada terminal dan menghantarnya kepada pengguna lain.

Emel memiliki beberapa kelebihan berbanding sistem mesej yang lain. Selain kepantasan, ia juga boleh menghantar kepada sejumlah pengguna dalam masa yang sama, dan boleh disimpan ke dalam storan untuk rujukan.

Terdapat banyak program emel untuk UNIX. Sesetengah sistem UNIX masih lagi menggunakan program mail. Kebanyakan UNIX menggunakan program yang dipanggil Mail ("M" dengan huruf besar), mailx dan juga pine.

Cara untuk menghantar Mel
Apabila anda menghantar emel, mesej anda akan disimpan ke dalam "mailbox" penerima di dalam sistem UNIX (biasanya disimpan di direktori /usr/mail). Ia disimpan sehinggalah si penerima log masuk ke dalam sistem dan membacanya.

Untuk menghantar emel, masukkan alamat setiap pengguna seperti berikut:

% mail alamat1 alamat2 alamat3...

Terdapat beberapa jenis bentuk alamat. Saya tidak dapat menerangkannya di sini kerana ia perlu dijelaskan dengan panjang lebar. Sila rujuk pentadbir sistem atau postmaster (orang yang bertanggungjawab mengendalikan sistem emel) anda. Biasanya alamat emel mempunyai sintaks seperti berikut:

username@namahos

username ialah nama pengguna dan namahos ialah nama komputer yang digunakan oleh pengguna tersebut. Jika penerima berada di komputer yang sama digunakan oleh anda, anda boleh abaikan @namahos (masukkan username sahaja).

Setelah anda menekan butang Enter, anda akan diarahkan untuk memasukkan tajuk bagi mesej emel. Taipkan tajuk dan tekan butang Enter. Taipkan pula kandungan mesej anda, sebaris demi sebaris diikuti dengan butang Enter. Setelah selesai, tekan [CTRL-D] pada baris berikutnya. Anda akan menerima kembali arahan shell (biasanya akan mengambil masa beberapa saat).

Arahan Perintah
$ mail keldai @hotmail.com
Subject: Cuti ni pergi mana?
Epul, cuti ni pergi Sungai Congkak nak tak?.
Tolong balas emel ni. Terima kasih.
^D
$







email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Menghantar emel uluteris | 03 Jul : 23:05

Jumlah Komen: 16

Penyertaan: 24 Jun : 10:38

Reply
waa..aku suke lah cara ni...aku ni baru dlm unix
kalau kita pakai sistem unix, hantar kat org guna
windows, boleh ke buat cam ni?...TQ



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.3269 second(s).