UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Memasang cakera baru menggunakan sysinstall

Memasang cakera baru menggunakan sysinstall

Oleh webmaster
Dikirim pada Friday 07 October 2005



Anda boleh menggunakan sysinstall untuk melakukan partition dan melabel cakera baru melalui akaun root atau arahan su.

Taipkan /stand/sysinstall untuk masuk ke menu Configure.

Arahan Perintah
$ /stand/sysinstall


Di dalam menu FreeBSD Configuration, skrol ke bawah dan pilih Partition. Kemudian anda akan dapat melihat senarai cakera keras baru yang terpasang di dalam sistem anda. Jika anda tidak dapat melihat sd1 di dalam senarai, anda boleh memeriksa output fail /var/run/dmesg.boot.

Pilih sd1 untuk masuk ke dalam FDISK Partition Editor. Pilih A untuk menggunakan keseluruhan cakera bagi FreeBSD. Apabila anda ditanya samada untuk "remain cooperative with any future possible operating systems", pilih YES. Kemudian tekan kekunci W. Keluar FDISK editor menggunakan kekunci q. Kemudian anda akan ditanya tentang Master Boot Record, pilih None.

Masuk Disk Label Editor untuk mencipta partition. Anda boleh mencipta sehingga 8 partition dengan label a-h. Setiap label mempunyai peranan tersendiri. Partition a misalnya digunakan untuk root (/). Partition b pula digunakan untuk swap. Partition c pula menunjukkan keseluruhan cakera FreeBSD.

Dengan Label Editor, cipta satu sistem fail dengan menekan kekunci C. Apabila anda ditanya untuk menjadikan FS (file system) atau swap, pilih "FS" dan masukkan mount point (contohnya, /mnt).

Sekarang anda bolehlah menulis perubahan yang dilakukan dengan menekan kekunci W. Abaikan semua ralat yang dihasilan oleh Sysinstall yang menunjukkan kegagalan untuk mount new partition.

Keluar Label Editor dan juga Sysinstall. Akhir sekali sunting fail /etc/fstab dan masukkan cakera keras baru anda.







email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Memasang cakera baru menggunakan sysinstall uluteris | 24 Jun : 10:44

Jumlah Komen: 16

Penyertaan: 24 Jun : 10:38

Reply
bagus lsh tutuorial ni...congratss



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0677 second(s).