UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Panduan Webmaster Memasang Skrip Perl

Panduan Webmaster Memasang Skrip Perl

Oleh webmaster
Dikirim pada Saturday 08 October 2005



Sebelum menjalankan skrip Perl/CGI dalam pelayan UNIX:

1. Pastikan anda boleh mengakses tapak web anda melalui FTP.

2. Pastikan pelayan anda menyokong CGI.

3. Pastikan haluan sebenar Perl Intepreter di dalam pelayan.

4. Pastikan skrip Perl diberikan permission yang betul.

Haluan Perl
Setiap skrip Perl mengandungi arahan aturcara. Baris pertama skrip Perl akan menunjukkan lokasi (atau haluan) di mana Perl Interpreter berada. Untuk mengetahui lokasi Perl Interpreter, sila rujuk pembekal tapak web hosting, atau anda boleh gunakan Telnet dengan menaip arahan berikut:

which perl

Jika akan mendapat keputusan:

/usr/bin/perl

Bermakna lokasi Perl berada di /usr/bin/perl, masukkan lokasi perl selepas tanda '#' di bahagian atas skrip:

KOD
#!/usr/bin/perl


Selain lokasi Perl, terdapat haluan-haluan lain yang perlu diselaraskan bagi memastikan skrip berjalan tanpa masalah. Fahamkan juga perbezaan antara URL dan juga haluan (path).

URL ialah alamat lokasi yang akan ditaip di dalam pelayar web:

http://www.ilmuit.com

Haluan pula ialah lokasi dalam pelayan:

/home/ilmuit

Jika anda menggunakan haluan atau URL yang salah, kemungkinan besar skrip Perl tidak dapat berjalan.

Selepas diselaraskan, pindahkan skrip ke dalam pelayan melalui program FTP menggunakan mod ASCII. Kemudian berikan permission baca/tulis keatas skrip tersebut melalui telnet, taipkan arahan:

Arahan Perintah
$ chmod 755 skrip.pl




email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Photorec : Memulihkan Data Yang Dipadam Secara Tidak Sengaja
Software ini berupaya mengembalikan data yang telah di padam atau media yang terformat secara tidak sengaja.

Mengesan jenis Kad Grafik


Antaramuka Shutdown
Menutup (Shutdown) dan memulakan semula (Restart) komputer melalui dialog.

Pintasan Hibernasi
Membuat pintasan (shortcut) hibernasi

Mengembalikan ikon "Show Desktop"
Cara untuk mengembalikan ikon "Show Desktop" di Quick Launch Bar


Google Button
Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 1694 | Jumlah Artikel: 379
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Bahan RSS
Advertise on this site
Render time: 0.5114 second(s).