UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Mengemaskini Windows dengan Service Pack, Hotfix dan Roll-up

Mengemaskini Windows dengan Service Pack, Hotfix dan Roll-up

Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 19 October 2005



Mengemaskini Windows adalah satu tugas yang mencabar bagi kebanyakan pentadbir sistem pada hari ini. Dengan kelemahan-kelemahan yang ditemui hampir setiap minggu telah menjadikan tugas seorang pentadbir sistem sebagai satu tugas paling mencabar terutama sekali yang terlibat dengan perusahaan-perusahaan besar.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat pengemaskinian pada sistem operasi Windows. Microsoft telah membahagikan jenis kemaskini kepada 3 kategori: Hotfix, Roll-up dan Service Pack.

Hotfix
Hotfix ialah program penampal bagi membaikpulih masalah secara spesifik. Contohnya, apabila sesuatu kelemahan dikenalpasti di dalam Windows XP ataupun aplikasi Microsoft (seperti Internet Explorer), Microsoft akan membangunkan satu hotfix untuk mengatasi masalah tersebut. Hotfix biasanya akan dikeluarkan untuk menutup lubang-lubang keselamatan seperti buffer overflow atau untuk membaiki kerosakan yang tidak dirancangkan. Tidak semua penampal yang dikeluarkan adalah sama; sesetengah hotfix dibangunkan oleh pasukan Microsoft yang dikenali sebagai Quick Fix Engineering (QFE) yang bertanggungjawab mencari kerosakan, manakala Microsoft Resource Center ( MSRC ) pula bertanggungjawab mencari kelemahan.

Untuk mengetahui senarai hotfix yang terpasang di dalam komputer anda, gunakan skrip di bawah ini. Salin kod ini ke dalam notepad dan simpan sebagai hotfix.vbs

KOD

strComputer = "."

Set objWMIService = GetObject("winmgmts:" & "{impersonationLevel=impersonate}!\" & strComputer & "\root\cimv2")

Set colQuickFixes = objWMIService.ExecQuery ("Select * from Win32_QuickFixEngineering")

For Each objQuickFix in colQuickFixes

Wscript.Echo "Computer: " & objQuickFix.CSName & vbCrlf & "Description: " & objQuickFix.Description & vbCrlf & "Hotfix ID: " & objQuickFix.HotFixID & vbCrlf & "Installation Date: " & objQuickFix.InstallDate & vbCrlf & "Installed By: " & objQuickFix.InstalledBy & vbCrlf

Next


Jalankan hotfix.vbs dengan mengklik dua kali pada fail tersebut atau melalui MS-DOS:

cscript.exe hotfix.vbs

Untuk memuat-turun hotfix terbaru, sila lawat laman Microsoft berikut:

http://www.microsoft.com/downloads/Browse.aspx?displaylang=en&categoryid=7

Roll-up
Kadang-kala Microsoft akan menggabungkan lebih dari satu hotfix menjadi satu pakej besar yang dipanggil sebagai roll-up. Ini biasanya dilakukan apabila terdapat banyak isu-isu keselamatan yang dikenalpasti dalam jangka masa waktu yang singkat. Microsoft akan menggabungkan kesemua hotfix-hotfix ini bagi memudahkan kerja-kerja pentadbiran. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati menggunakan kaedah roll-up ini kerana kadang-kala boleh mengakibatkan kegagalan aplikasi tertentu.

Service Pack
Service Pack ialah program kemaskini Windows yang mengandungi penyelesaian kepada masalah dan penambahan fungsi-fungsi baru yang melibatkan perubahan drastik kepada sistem. Ini termasuklah membaikpulih kerosakan serta menampal kelemahan-kelemahan sekuriti.

Service Pack juga menggabungkan kesemua hotfix-hotfix terdahulu di mana apabila Service Pack dipasangkan ke dalam sistem, anda tidak perlu lagi memasang hotfix kerana Service Pack telah pun mengandungi hotfix di dalamnya.

Service Pack biasanya akan dikeluarkan setiap tahun atau dua tahun sekali; contohnya, apabila Windows XP dipasarkan pada tahun 2001, Service Pack 1 dikeluarkan pada tahun 2002, manakala Service Pack 2 pula dijadual akan keluar pada tahun 2004. Disebabkan Service Pack melakukan perubahan besar pada sistem operasi, setiap organisasi perlulah mencuba Service Pack terlebih dahulu pada sistem percubaan.

Untuk mengetahui Service Pack yang terpasang di dalam komputer anda, gunakan arahan winver pada DOS. Satu kotak dialog akan menunjukkan jenis Service Pack yang sedang digunakan.

Muat turun Service Pack terkini untuk sistem anda dari tapak web Microsoft:

http://support.microsoft.com/?id=322389

Cara mengemaskini Windows
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk memastikan sistem anda mendapat program kemaskini dari Microsoft. Berikut adalah beberapa pendekatan yang boleh digunakan:

Windows Update
Laman web Windows Update ini membolehkan anda memeriksa komputer secara manual untuk melihat jenis Hotfix, Roll-up atau Servis Pack yang perlu dipasang.

Kelebihan cara ini ialah pengguna boleh mengawal jenis-jenis kemaskini yang perlu dipasangkan ke dalam sistem. Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan-kelemahan lain iaitu; komputer perlu disambung ke Internet terlebih dahulu di mana datangnya punca segala masalah. Kedua, anda perlu mengaktifkan cookies; di mana datangnya masalah kerahsiaan. Ketiga, anda perlu mengaktifkan ActiveX untuk memuat turun kemaskini; salah satu kelemahan sedia ada. Akhir sekali menggunakan Windows Update memerlukan capaian sebagai 'administrator'; jika anda berada di dalam persekitaran korporat, anda perlu memberikan setiap pekerja keistimewaan pentadbir bagi membolehkan mereka menggunakan Windows Update.

Ringkasnya, pilihan Windows Update ini sesuai digunakan jika anda mempunyai rangkaian rumah atau pejabat yang kecil.

http://windowsupdate.microsoft.com

Automatic Updates
Automatic Updates mula diperkenalkan dalam Service Pack 3 bagi Windows 2000 dan Service Pack 1 bagi Windows XP. Ia membolehkan sistem yang bersambung ke talian Internet mendapatkan kemaskini secara automatik. Kelebihan Windows Updates ialah ia tidak memerlukan pengguna memiliki keistimewaan pentadbir sepertimana Windows Update. Kelebihan-kelebihan lain ialah Automatic Updates membolehkan sistem memuat-turun kemaskini baru secara automatik dan memasangnya mengikut jadual yang ditetapkan oleh pentadbir. Menggunakan Automatic Updates Secara Efektif akan menerangkan dengan lebih lanjut.

Software Update Services (SUS)
SUS ialah satu alat yang berfungsi seperti Automatic Updates. Bezanya ialah SUS tidak memerlukan setiap sistem bersambung ke talian Internet. Ia akan memuat turun dan menyimpan kemaskini di dalam pelayan SUS terlebih dahulu dan pentadbir akan bertanggungjawab memeriksa setiap kemaskini dengan membenarkan atau menyekat pemasangan secara manual. Setiap klien hanya perlu menggunakan dan mengatur komponen Automatic Updates supaya memeriksa kemaskini dari pelayan SUS tanpa perlu menghala ke laman web Windows Update. Dengan ini, setiap komputer akan menjadi lebih selamat kerana tidak terdedah kepada bahaya Internet. Maklumat lanjut tentang Software Update Services (SUS).

Halaman Berkaitan
Menggunakan Automatic Updates Secara Efektif
Menghalang Kemaskini Service Pack







email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1230 second(s).