UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Menggunakan Automatic Updates Secara Efektif

Menggunakan Automatic Updates Secara Efektif

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 20 October 2005



Terdapat tiga opsyen automasi yang boleh dipilih. Lihat gambarajah di bawah ini:



Opsyen pertama - "Notify me before downloading any updates and notify me again before installing them on my computer" ialah pilihan di mana Windows akan memeriksa kemaskini terbaru dari laman web Windows Update setiap kali sistem dimulakan dan setiap 22 jam kemudiannya. Jika terdapatnya kemaskini, satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan di kawasan kanan bawah skrin desktop. Bagaimanapun, hanya pentadbir sahaja yang boleh memuat-turun dan memasang kemaskini jika opsyen ini dipilih.

Opsyen kedua - "Download the updates automatically and notify me when they are ready to be installed" ialah pilihan di mana Windows akan memeriksa kemaskini sepertimana yang dilakukan opsyen pertama. Tetapi apabila kemaskini dijumpai, ia akan dimuat-turun secara automatik di belakang tabir. Sebaik sahaja muat-turun selesai, satu mesej pemberitahuan akan bertanyakan samada anda mahu memasangnya.

Opsyen ketiga - "Automatically download the updates, and install them on the schedule that I specify" ialah penyelesaian automatik sepenuhnya untuk memastikan sistem sentiasa dikemaskini dengan sekuriti kritikal. Windows akan tetap memeriksa kemaskini sepertimana yang digunakan oleh dua opsyen sebelumnya, tetapi ia membolehkan anda menetapkan jadual supaya kemaskini dimuat-turun secara automatik. Anda boleh menetapkan masa dan hari yang sesuai untuk proses pemasangan.

Anda perlu berhati-hati untuk memilih opsyen bagi sistem anda. Contohnya jika anda menggunakan opsyen ketiga (automatik sepenuhnya) pada pelayan kritikal: Microsoft kadang-kala mengeluarkan lebih dari satu kemaskini dalam satu-satu masa yang dipanggil roll-up, dan jika anda memasangnya dan sistem anda tidak stabil, agak sukar untuk mengesan punca kemaskini yang menyebabkan masalah tersebut. Dicadangkan supaya anda mencuba terlebih dahulu setiap kemaskini sebelum memasangnya pada pelayan.

Automatic Updates dan SUS
Secara asalnya, Automatic Updates akan mendapatkan kemaskini daripada tapak Windows Update, bagaimanapun jika anda menggunakan Software Update Services (SUS) di dalam rangkaian, anda boleh mengubah Automatic Updates supaya mendapatkan kemaskini daripada pelayan SUS dengan melakukan suntingan kepada Registry.

Untuk menetapkan Automatic Updates, jalankan regedit.exe dan cari atau cipta kunci berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Policies\Microsoft\Windows\WindowsUpdate \AU

Cipta nilai DWORD yang baru dan berikan nama UseWUServer. Tetapkan nilai tersebut dengan data 1 untuk mengaktifkan fungsi.

Kemudian buka kunci berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Policies\Microsoft\Windows\ WindowsUpdate

dan ciptakan dua nilai String yang baru dengan nama WUServer dan WUStatusServer. Tetapkan data kedua-duanya dengan nama pelayan (contohnya http://winupdate).

Reboot semula komputer anda.

Dengan ini setiap kali Automatic Updates berjalan, Windows akan mendapatkan sumber kemaskini daripada pelayan SUS menggantikan Windows Update.

Halaman Berkaitan
Mengemaskini Windows








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Tips Melindungi Komputer Dari Ancaman Virus
5 tips untuk anda melindungi komputer anda dari ancaman virus dan malware.

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2659 | Jumlah Artikel: 455
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0790 second(s).