UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Memahami Session

Memahami Session

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 06 November 2005



Sessions bertindak sama seperti cookies. Sebelum anda menggunakan sessions, periksa nilai php.ini anda terlebih dahulu.

KOD
session.save_path = /tmp


Ini bagi memastikan fail sessions dapat ditulis ke dalam direktori yang wujud. Bagi contoh di atas, semua fail session saya akan ditulis ke dalam direktori /tmp dalam linux saya. Anda perlu mengubah nilai session.save_path ini jika anda menggunakan Windows, biasanya C:\windows\Temp.

Selepas perubahan dibuat, mulakan semula pelayan Apache anda.

Memahami Pembolehubah Session
Pembolehubah Session dan semua nilai-nilanya disimpan ke dalam fail session pelayan web. Oleh kerana nilai-nilai ini tidak disimpan ke dalam pangkalan data, anda tidak perlu membuat sambungan pangkalan data untuk mendapatkan data Session. Anda boleh terus mengakses data Session melalui penggunaan $_SESSION.

Sebagai contoh, mari lihat kandungan fail session berikut:

count|s:7:"76";
valid|s:7:"yes";

count dan valid adalah pembolehubah, manakala 76 dan yes pula adalah nilai. Untuk mendapatkan nilai count, gunakan $_SESSION[count]. Untuk mendapatkan nilai valid gunakan $_SESSION[valid].

Memulakan Session
Memulakan session sangat mudah. Anda cuma perlu memanggil fungsi session_start().

Cuba kod dibawah ini:

KOD
<?php

session_start();

$msg = "session dimulakan....";

echo "$msg";

?>


Simpan dan jalankan fail ini menggunakan pelayar web anda. Kemudian periksa direktori /tmp atau C:\Windows\Temp anda. Anda akan mendapati satu fail Session wujud dengan nama sess_ diikuti dengan beberapa gabungan nombor dan abjad yang panjang. Oleh kerana kod di atas tidak mendaftar apa-apa pembolehubah, maka kandungan fail ini juga akan kosong dan tidak mengandungi apa-apa data.

Mendaftar Pembolehubah Session
Untuk mendaftar pembolehubah session yang baru, anda boleh gunakan fungsi session_register(). Lihat dan cuba kod ini. Ia akan merekodkan kedatangan pengguna dengan melakukan increment pada $_SESSION[count]:

KOD
<?
session_start();

session_register('count');

$_SESSION[count]++;

$msg = "<P>Anda telah berada di sini sebanyak $_SESSION[count] kali. Terima Kasih!</p>";

echo "$msg";

?>


Dengan Session, anda boleh membina satu akses kaunter yang mudah bagi merekodkan perihal pengguna yang mengunjungi ke tapak web anda.

Halaman Berkaitan
Memahami Cookies








email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.





Artikel Terbaru

Mencipta Laman Kelab Peminat di Facebook
Langkah-langkah dan cara membuat laman peminat Facebook atau Fanpage. Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efektif sekiranya anda gunakannya dengan bijak. Gunakan halaman Facebook untuk mempromosikan laman web atau blog anda.

Periksa Pautan Rosak dalam Wordpress
Dengan plugin Broken Link Checker, ia mampu untuk mengesan semua pautan-pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda.

Lebih Dari Satu Homepage di Firefox
Menetapkan lebih dari satu halaman rumah (Homepage) di Mozilla Firefox untuk membuka lebih dari satu laman web sekaligus.

Memasang Rangkaian Wayarles (Wireless)
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk memasang rangkaian wayarles (wireless) yang selamat, mudah, cepat dan murah di rumah, makmal sekolah atau di pejabat.

Cara Pasang Plugin di Wordpress
Cara-cara memasang plugin di blog Wordpress menggunakan kaedah papan pemuka (Dashboard) dan kaedah FTP (File Transfer Protocol)

Ubah Wajah dengan Perfect365
Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Mengatasi Masalah Perkakasan dengan Troubleshooter
Sekiranya anda mendapati Windows 7 atau Windows Vista menghadapi isu perkakasan atau peranti, anda boleh menjalankan utiliti Troubleshooter. Troubleshooter akan secara automatik mencuba untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kemaskini PC berasaskan Intel
Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik.

Mengaktif File History dalam Windows 8
Sebelum melakukan pendua (backup) ke atas data-data persendirian, anda perlu mengaktif terlebih dahulu opsyen File History. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara mengaktif File History dalam Windows 8.

Nyahaktif skim bunyi dalam Windows 7
Mengelak skim bunyi (Sound Scheme) dalam Windows 7 daripada ditukar oleh pengguna lain dengan cara menyahaktif skim ini melalui Registry.








Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2654 | Jumlah Artikel: 454
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.0847 second(s).