Tutorial Kategori Mengubahsuai mesej ralat

Mengubahsuai mesej ralat

Oleh webmaster
Dikirim pada Thursday 15 July 2004



Apabila anda menukar hos, pengunjung yang cuba mengakses fail di pelayan lama anda sudah tentu menghadapi masalah di mana fail yang lama tidak wujud. Apabila sesuatu fail tidak dijumpai, pelayan web seperti Apache akan memaparkan mesej ralat kepada pengunjung anda. Contohnya, apabila sesuatu fail atau dokumen tidak dijumpai, pelayan akan menghantar respon HTTP 404 - File not found kepada klien. Ini boleh dianggap sebagai tidak mesra pengguna. Bagaimanapun, sebagai webmaster anda boleh menyediakan mesej ralat versi sendiri dan mengubahsuai mengikut keperluan.

Petunjuk Errordocument boleh digunakan dalam konteks konfigurasi pelayan dan hos maya iaitu dengan menyunting fail httpd.conf. Oleh itu, setiap kali suntingan dilakukan, anda perlulah memulakan semula pelayan Apache terlebih dahulu.

Jika anda tidak mempunyai capaian 'root', anda masih boleh menggunakan petunjuk Errordocument pada .htaccess

Berikut beberapa kaedah yang boleh anda gunakan. Untuk menukar mesej HTTP 404 kepada mesej anda, gunakan seperti berikut:

KOD
Errordocument 404 "Maaf, fail yang diminta tidak dijumpai."

Untuk memaparkan mesej yang ditulis pada fail yang berasingan, gunakan seperti berikut:

KOD
Errordocument 404 /gagal.html

Selain dari fail tempatan, anda juga boleh mengarahkan klien supaya mengakses fail luaran dengan menetapkan alamat URL yang lengkap. Ini amat berguna sekali apabila sesuatu halaman atau keseluruhan tapak web telah berpindah ke lokasi yang lain. Gunakan seperti berikut:

KOD
Errordocument 404 http://www.pelayanbaru.com/fail.html










email to someone printer friendly Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial
Penilaian
Jumlah nilai:  1.0 - 1 juri

Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.


Render time: 1.5211 second(s). DB queries: 95.