UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Instalasi - Memasang PHP 5.x.x ke dalam Windows / Win32

Instalasi - Memasang PHP 5.x.x ke dalam Windows / Win32

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 25 December 2005



Untuk mendapatkan perisian PHP 5, sila muat turun dari tapak web PHP. Semasa artikel ini ditulis versi terkini PHP ialah 5.0.2.

Mula Instalasi
1. Buka fail mampatan zip ke dalam C:\PHP

2. Salinkan fail php.ini-recommended ke dalam C:\Windows dan namakannya semula kepada php.ini.

3. Sunting fail C:\Windows\php.ini dan cari baris berikut:

KOD
extension_dir = "./"


Ubah atau tambahkan ia supaya menjadi:

KOD
extension_dir="C:\PHP\ext\"


Konfigurasi bersama Apache 2.0
Bagi memastikan PHP 5 dapat dimuatkan ke dalam Apache 2.0, ikut langkah-langkah berikut. Saya akan memasang PHP sebagai Apache Module.

Sunting httpd.conf dan masukkan baris berikut

KOD
LoadModule php5_module "C:\PHP\php5apache2.dll"


Tambahkan juga:

KOD
AddType application/x-httpd-php .php


Dan juga,

KOD
DirectoryIndex index.php index.php.var


Mulakan semula Apache anda. Sekarang anda boleh memeriksa samada Apache anda menyokong PHP dengan menggunakan fungsi phpinfo().

Memuatkan modul MySQL
Untuk makluman anda, keluaran PHP 5 tidak lagi dimasukkan dengan modul MySQL, jadi modul MySQL perlu dimuatkan secara manual.

Sunting fail php.ini sekali lagi dan cari baris berikut:

KOD
;extension=php_mysql.dll


Buang komen di hadapannya supaya menjadi

KOD
extension=php_mysql.dll


Salinkan fail C:\PHP\libmysql.dll ke dalam C:\Windows\System32

Mulakan semula Apache.





email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Jumlah nilai:  10.0 - 1 juri


Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.

Credential Manager dalam Windows 7
Pengenalan dan cara penggunaan Credential Manager dalam Windows 7.

Memapar matawang dengan betul
Memformat wang / matawang menggunakan fungsi NUMBER_FORMAT

Simbol Pembuka Kata dalam Pembolehubah
Menggunakan simbol pembuka kata (Double Quotes) dalam pembolehubah (Variable)

Nyahaktif Hibernasi dalam Windows 7
Menyahaktif (Deactivate) Hibernasi untuk menjimatkan ruang storan dalam Windows 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2200 | Jumlah Artikel: 397
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1220 second(s).