UtamaBeritaTutorialBlogTool

Google
Your Ad Here

Google
Web ilmuit.com
Tutorial Kategori Memformat tarikh timestamp dengan MySQL

Memformat tarikh timestamp dengan MySQL

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 08 January 2006



Untuk memformat tarikh yang disimpan di dalam MySQL anda mempunyai dua pilihan; samada melakukannya dengan PHP atau terus melalui MySQL.

Terdapat banyak jenis Date dan Time yang disokong oleh MySQL, salah satu daripadanya ialah format TIMESTAMP. Mari lihat contoh table user berikut yang menggunakan tarikh jenis TIMESTAMP. Kolum user_join dibawah ini adalah jenis TIMESTAMP(14).

 +--------------------------+ 
 | user_id |   user_join    | 
 +---------+----------------+ 
 |    1    | 20060101000530 | 
 |    2    | 20060102000645 | 
 +---------+----------------+ 
 


Untuk membentuk table seperti di atas, gunakan skrip SQL berikut:

KOD
CREATE DATABASE contoh;

use contoh;

CREATE TABLE user (
user_id int(2) NOT NULL default '0',
user_join timestamp(14) NOT NULL,
PRIMARY KEY (user_id),
KEY user_id (user_id)
) TYPE=MyISAM;

INSERT INTO user values (1,"20060101000530");
INSERT INTO user values (2,"20060102000645");


Jika anda ingin menambah rekod baru, gunakan arahan fungsi CURRENT_TIMESTAMP() bagi tarikh dan waktu semasa, contohnya:

Arahan Perintah
mysql> INSERT INTO user values (3,CURRENT_TIMESTAMP());


Format Tarikh
Fungsi MySQL DATE_FORMAT() membolehkan anda memformat tarikh TIMESTAMP ke dalam bentuk yang lebih mudah dibaca. Mari lihat contoh berikut ini:

Arahan Perintah
mysql> SELECT DATE_FORMAT(user_join, '%b %D, %Y pada jam %T') FROM user WHERE user_id=2;


Jika dalam PHP anda boleh menulis seperti berikut:

KOD
<?php
$sql = "SELECT DATE_FORMAT(user_join, '%b %D, %Y pada jam %T')
FROM user
WHERE user_id=2";
?>


Contoh di atas akan memformat tarikh TIMESTAMP menjadi Jan 2nd, 2006 pada jam 00:06:45 dimana %b mewakili bulan, %D mewakili haribulan (cth. 1st,2nd dll), %Y mewakili tahun 4 digit, manakala %T mewakili masa dalam format 24 jam.

Mari lihat format berikut pula:

Arahan Perintah
mysql> SELECT DATE_FORMAT(user_join, '%W, %d-%m-%y') FROM user WHERE user_id=2;


Jika dalam PHP anda boleh menulis seperti berikut:

KOD
<?php
$sql = "SELECT DATE_FORMAT(user_join,'%W, %d-%m-%y')
FROM user
WHERE user_id=2";
?>


Contoh di atas akan memformat tarikh TIMESTAMP menjadi Monday, 02-01-06.



email to someone printer friendly
Senarai tutorial dalam kategori ini
Kembali ke laman utama tutorial

Penilaian
Belum ada penilaian dibuat setakat ini

Komen
Memformat tarikh timestamp dengan MySQL jambu_gugur | 15 Aug : 07:47
Jumlah Komen: 2

Penyertaan: 15 Aug : 07:37

Reply
assalamualaikum, kepada penulis sudikah membalas pertanyaan saye... saye baru belajar mysql ni.. kire baru 6 minggu blaja.. so bnyak yg tak clear sgt.. saye try follow tuto sedar ni tapi ada sangkut skit la brader...
saye sangkut kat tempat yg sedare kate
"Untuk membentuk table seperti di atas, gunakan skrip SQL berikut:"
so saye taip la kod tu lam command prompt saye, tapi saye dapat error la
ni saye tules error die ye..bley brader tgok


ERORR1064(42000): you have an error in your SQL syntax;check the manual that corresponds to your MySQL server version for the right syntax to use near '(user_id int(2) not null default '0', user_join triestamp(14) not null, primary' at line 2..

sblom tu brader leh x explain camner bende ni berfungsi.. sbb saye takut saye salah paham tenteng tujuan utama memformat tarikh ni..
ok terima kasih bnyak2 bang..


Komen
Memformat tarikh timestamp dengan MySQL webmaster | 16 Aug : 02:29
Jumlah Komen: 38


Reply
Wa'alaikumsalam. Sebenarnya kod tu bukan utk ditaip kat command prompt. Itu skrip SQL. Savekan skrip tu ke dalam text editor (notepad, vi etc) lepastu masuk command dan taip arahan:

Arahan Perintah
mysql> source skrip.sql


Nak create table & database tak semestinya kena guna command. Ada banyak cara lain, salah satu daripadanya macam contoh penggunaan skrip SQL kat atas.



Sila Log-in untuk menghantar komen. Daftar jika belum menjadi ahli.



Artikel Terbaru

Menyekat laman web dengan HOSTS
Cara menyekat laman web tertentu dengan menyunting fail HOSTS untuk Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, 2003, Vista, dan 7.

Credential Manager dalam Windows 7
Pengenalan dan cara penggunaan Credential Manager dalam Windows 7.

Memapar matawang dengan betul
Memformat wang / matawang menggunakan fungsi NUMBER_FORMAT

Simbol Pembuka Kata dalam Pembolehubah
Menggunakan simbol pembuka kata (Double Quotes) dalam pembolehubah (Variable)

Nyahaktif Hibernasi dalam Windows 7
Menyahaktif (Deactivate) Hibernasi untuk menjimatkan ruang storan dalam Windows 7.




Hakcipta terpelihara, © IlmuIT.com.
Semua artikel yang terkandung di dalam web ini dikreditkan kepada penulis asal.
Jumlah Ahli: 2200 | Jumlah Artikel: 397
Tutorial - Reviu - Blog - Tool - Carian - Direktori - Google Button
Kredit :: Hubungi ::Iklan :: Polisi :: Rakan :: Forum :: RSS
Facebook Bahan RSS Twitter Youtube
Advertise on this site
Render time: 0.1561 second(s).